March 22nd, 2020

Enggan memanjangkan kemelut antara mereka, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan adik Allahyarham Abam Bocey, Ali Puteh untuk menamatkan konflik yang pernah terjadi.

aliff syukri ali puteh

Mereka akhirnya berdamai dan Aliff juga berharap agar hubungan antara mereka akan berkekalan sebagai sahabat. Malah, Ali juga banyak memberikan kata-kata semangat buatnya.

Dalam pada itu, Aliff berjanji akan bertemu dengan keluarga Ali tidak lama lagi.

ali puteh aliff syukri berdamai

Terdahulu, tindakan Aliff membuat rakaman Live di Faceebook ketika berkunjung ke rumah balu arwah Abam mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta. Gara-gara video yang dikongsikan di Facebooknya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’. Namun, usahwan kosmetik itu mendakwa dia tidak berniat melaga-lagakan mana-mana pihak.


One response to “Aliff Syukri, Ali Puteh Akhirnya Berdamai”

  1. minah jambu say NO to drug says:

    syukur alhamdulillah Datuk Aliff dan Ali puteh dh pon berdamai..ye la buat ape nak gaduh2 kan lupa kan kesah lama so Ali puteh tidak akan berenti melawak kan ? jangan lah berenti kesian kawan Ali yg kurus tu terus kan berjuang usaha demi keluarga ..terus perjuangkn impian anda Ali puteh we lov youuuu…n lov Datuk Aliff …

Loading...