August 2nd, 2018

Rumah agam milik Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Palace of Aliff Syukri sememangnya sangat mewah dan luas seperti istana. Dilengkapi dengan 30 bilik tidur dan landskap yang begitu indah sekali, Aliff menerusi portal Media Hiburan memberitahu beliau sedia untuk menjual rumah berkenaan kepada sesiapa yang berminat pada harga RM 43 juta lengkap dengan perabotnya sekali.

Kalau ada rezeki saya memang nak jual rumah tu. Jika ada kerabat diraja atau menteri yang ada hati nak belilah. Rumah tersebut mempunyai lebih 42,000 kali persegi dengan build up sekitar 40,000, nak jual dalam RM43 juta fully furnish.

Bukan menyesal (bina rumah), saya buat rumah tu habis dalam RM32 juta. Jadi rasanya kalau ada rezeki rumah tu terjual, saya nak beli hotel.

Antara tujuan utama beliau ingin membeli sebuah hotel adalah unutk menampung gaji serta keperluan pekerjanya. Bukan itu sahaja, Aliff berkata pada masa yang sama beliau boleh menjana pendapatan lain juga.

Bila sudah dikira-kira tiada untung sebab saya perlu langsaikan soal kelengkapan agak banyak. Kalau ada hotel, pekerja saya akan duduk dan pada masa sama, mereka boleh akan dapat income lain. Tapi saya buat rumah tu pun bukan sebab nak jual. Cuma jika ada yang berminat dan tawarkan harga berpatutan, saya akan jual.

Umum mengetahui Aliff seorang yang sangat cerewet dan begitu ‘detail’ menghias rumahnya. Semua perabot dan barangan yang ada di dalam istananya itu cukup mewah dan diimport daripada London, Itali serta Sepanyol. Siapa yang beli memang untung, tidak perlu pening kepala lagi.

Sumber Berita : Media Hiburan


62 responses to “Aliff Syukri Akui Mahu Jual Rumah Bak Istana Pada Harga RM43 Juta”

  1. Not Kepochi says:

    yang komen jahat2 ni sebenarnya xmampu beli la tuh! uwekkk

  2. mak cute says:

    riak lebih ni la jadinya…ko follow la mak ko yg sempoi..wife & kakak ko si yati tu…simple je…kaya tapi tak riak

Loading...