Aliff Syukri Akan Buat ‘Live’ Permohonan Maaf Ketika Bertemu Ali Puteh Dan Keluarga

Hiburan

Aliff Syukri Akan Buat ‘Live’ Permohonan Maaf Ketika Bertemu Ali Puteh Dan Keluarga

Selepas teruk dikecam dan dilabel sebagai punca kemelut antara Ali Puteh dan balu arwah Abam, Noor Hidayah, akhirnya Datuk Seri Aliff Syukri menerusi satu sidang media khas semalam tampil memohon maaf secara terbuka.

amyza aznan gelar aliff syukri belut elektrik

Advertisement

Meskipun tidak mengetahui apa kesalahan yang dia lakukan dan masih merasakan dirinya tidak bersalah, Aliff berkata dia enggan memanjangkan isu kemelut dalaman keluarga Allahyarham Abam Bocey.

Saya memohon maaf kepada Ali Puteh dan Hidayah, saya tak ada kena mengena dalam hal mereka. Sumpah dari awal saya tak tahu isu membabitkan mereka sekeluarga.

ali puteh pelik kakak ipar

Tapi saya malas nak panjang-panjang, saya pun tak rasa bersalah dalam hal ini sebab dia (Hidayah) yang bercerita dan saya hanya memberikan respon sahaja. Demi Allah tak ada niat, kalau tahu jadi macam ini, yang hanya akan mengaibkan saya, baik tak buat!

Usahawan kosmetik itu juga berkata dia bersedia untuk bertemu dengan pelawak itu serta ibunya bagi menjernihkan keadaan. Bagaimanapun, Aliff tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka nanti.

aliff syukri minta maaf noor hidayah

Saya bersedia jumpa famili Ali termasuk ibunya, buat apa nak gaduh. Saya tak menyebelahi mana-mana pihak, saya mendegar kedua-duanya. Dalam hal ini saya mengalah sahajalah, apa masalah mereka sedang lalui biarlah diselesaikan secara dalaman keluarga.

Tapi permintaan Ali yang mahu saya berjumpa tanpa buat live, tak dapat saya penuhi. Saya seperti biasa akan tetap buat live dan tunjuk kepada pengikut.

ali puteh aliff syukri taubat

Terdahulu, Aliff yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta. Gara-gara video yang dikongsikan di Facebooknya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...