February 25th, 2020

Selepas teruk dikecam dan dilabel sebagai punca kemelut antara Ali Puteh dan balu arwah Abam, Noor Hidayah, akhirnya Datuk Seri Aliff Syukri menerusi satu sidang media khas semalam tampil memohon maaf secara terbuka.

amyza aznan gelar aliff syukri belut elektrik

Meskipun tidak mengetahui apa kesalahan yang dia lakukan dan masih merasakan dirinya tidak bersalah, Aliff berkata dia enggan memanjangkan isu kemelut dalaman keluarga Allahyarham Abam Bocey.

Saya memohon maaf kepada Ali Puteh dan Hidayah, saya tak ada kena mengena dalam hal mereka. Sumpah dari awal saya tak tahu isu membabitkan mereka sekeluarga.

ali puteh pelik kakak ipar

Tapi saya malas nak panjang-panjang, saya pun tak rasa bersalah dalam hal ini sebab dia (Hidayah) yang bercerita dan saya hanya memberikan respon sahaja. Demi Allah tak ada niat, kalau tahu jadi macam ini, yang hanya akan mengaibkan saya, baik tak buat!

Usahawan kosmetik itu juga berkata dia bersedia untuk bertemu dengan pelawak itu serta ibunya bagi menjernihkan keadaan. Bagaimanapun, Aliff tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka nanti.

aliff syukri minta maaf noor hidayah

Saya bersedia jumpa famili Ali termasuk ibunya, buat apa nak gaduh. Saya tak menyebelahi mana-mana pihak, saya mendegar kedua-duanya. Dalam hal ini saya mengalah sahajalah, apa masalah mereka sedang lalui biarlah diselesaikan secara dalaman keluarga.

Tapi permintaan Ali yang mahu saya berjumpa tanpa buat live, tak dapat saya penuhi. Saya seperti biasa akan tetap buat live dan tunjuk kepada pengikut.

ali puteh aliff syukri taubat

Terdahulu, Aliff yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta. Gara-gara video yang dikongsikan di Facebooknya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’.

Sumber Berita : mStar Online


8 responses to “Aliff Syukri Akan Buat ‘Live’ Permohonan Maaf Ketika Bertemu Ali Puteh Dan Keluarga”

  1. Pening Lalat says:

    adui, degil betul si AS nie, please respect their request, still lah nak buat live, dan masih x tahu apa salah dia, Allah, semoga isteri dan anak2 di Umroh dapat doakan dia yg jgn terlalu taksub dgn live segala, nanti makan diri sendiri, bak kata Allamarhum P Ramlee “dah tua2 pun bodoh”

  2. dahtaudah says:

    confirm rating tinggi… keuntungan itu busku….

  3. ALIPSUKRI says:

    Ah dia ni memang sial.. Pembawak sial dlm kehidupan org lain.. Byk duit tapi otak dlm kasut… Sibukkan hal org, anak bini sdiri x terlayan.. Jalan jauh2 dgn sajat lahanat tu, bini g umrah dgn anak2 tk pergi sama, alasan dah selali umrah, dah pergi haji.. Kepala otak kau lah… Ni nk mintak maaf nk buat live lg nk belakon air mata pulak… Org dah tau lah drama bangkai kau tu alip… Kau memalukan mak, bapak tiri kau, bini anak2.. Kau tggu nnt kau papa kedana baru kau tau tuhan tu mcm mana… Ustaz pun kau nk saman mmg gila lah kau ni… Sombong ego bongkak takbur ni semua sifat Allah yg kau nk pakai.. Habis semua kisah dalam kain org kau nk bukak sama mcm kau bukak aib masa bini kau berana dulu pon nk ambik video.. Bodoh…

  4. Anonymous says:

    hormat je lah permintaan keluarga…..ko dah kenape…klu nk live buat lah sebelum dan selepas shj…antara nye tu biar lah kau dan keluarga je…cube klu org x hormat keluarga kau, ape yang kau rase? bila org x hormat kau, pandai plak buat drama air mate….eh please lahhhhhh respect orang lain

  5. saje menyibok says:

    kesian,hidayah jgak dpersalahkan..kdg2 bila kita tertekan sedih serabut,kita xperasan pun ape yg kita perkatakan.so,org sekeliling la kene fhm..hermmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...