Aliff Satar Undur Diri, Zizan Razak Ganti Jadi Hos Anugerah MeleTOP 2020 Bersama Nabil Dan Jihan

Hiburan

Aliff Satar Undur Diri, Zizan Razak Ganti Jadi Hos Anugerah MeleTOP 2020 Bersama Nabil Dan Jihan

Susulan pengunduran pengacara, penyanyi dan juga pelakon  Alif Satar daripada mengacarakan majlis Anugerah MeleTOP  Era 2020, hos gantian bagi menggantikan Alif sudah pun diumumkan oleh stesen radio ERA pada pagi tadi.

Perkara itu dihebahkan menerusi slot JOHARA Pagi ERA yang menyaksikan Ray, Haniff dan Johan telah menghubungi Zizan Razak bagi mengesahkan info tersebut.

Advertisement

Ketika dihubungi, pelakon filem Polis Evo 3 ini turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi MeleTOP dan stesen radio ERA kerana memilih dirinya untuk menggantikan Alif Satar.

View this post on Instagram

A post shared by MeleTOP (@meletop)

“Saya betul-betul mengucapkan terima kasih kepada MeleTOP dan ERA kerana mengizinkan dan memberi peluang kepada saya untuk menjadi hos. Walaupun tahun ini banyak dugaan, alhamdullilah ada rezeki untuk saya.”

Semalam, pihak produksi anugerah MeleTOP ERA 2020 telah mengumumkan bahawa Alif tidak akan menjadi pengacara program tersebut bersama Nabil dan Jihan Muse.

AME2020 dijangka berlangsung pada 20 Disember ini dan akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusia siaran eksklusif Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada jam 9.00 malam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...