“Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh?” – Didakwa Ada Skandal, Ramai ‘Backup’ Bella Astillah?

Hiburan

“Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh?” – Didakwa Ada Skandal, Ramai ‘Backup’ Bella Astillah?

Gempar media hiburan hari ini apabila pelakon dan penyanyi, Bella Astillah didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Muaz Zabir.

Ia kemudiannya menjadi tular apabila beberapa foto memaparkan tangkap layar perbualan Bella dengan pelakon baru itu serta foto mesra mereka berdua.

Advertisement

Dakwaan tersebut kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya tidak percaya dengan apa yang dilihat itu.

Malah, ada juga netizen terutamanya peminat aktres kecil molek itu yang tampil mempertahankan tindakan Bella kerana sebelum ini, suaminya, Aliff Aziz turut melakukan perkara yang sama.

Dia suda setia tapi tdk d hargai so apa salah nya , pkir lelaki jk bole kah pmpuan pun bole la ! Mcm lagu rossa hey ladys jngn mw d bilang lemah kita juga bisa menipu dan mndua kan.

Jika orang tu curang dengan kau apa yang perlu kau buat? Curang balik lah!

Namun begitu, ada yang mengecam tindakan Bella dan memohon agar pelakon itu muhasabah diri dan memohon ampun kepada Allah S.W.T.

Tak nafikan Aliff memang buat salah.tapi apa Bella buat ni lagi salah klw betul. Mmg kita boleh kata xpela..Aliff boleh buat knp Bella x boleh..klw korang faham hukum agama..korang Xkan sekali ckp camtu . Salah tetap salah..jgn normalisasi yang salah demi sedapkan hati

Berdasarkan foto-foto yang tersebar itu, tidak dipastikan hubungan sebenar antara Bella dan Muaz dan masih menunggu kenyataan daripada pelakon itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
9 months ago

Berbalas Mesej 'I Love You', Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...