Ramai yang terkejut apabila berita Aliff Aziz didenda kerana mencuri 2 telefon bimbit di Singapura tersebar beberapa bulan lalu. Pelbagai persoalan bermain di kepala. Pokai sangat ke Aliff Aziz sampai terpaksa mencuri? Takkan tak ada duit nak beli kot? Aliff Aziz kena tuduh kot? Memang secara logiknya, tak masuk akal untuk Aliff Aziz mencuri. Iyerlah, rasanya kencang juga tawaran berlakon dan menyanyi yang diterima selebriti ini. Setakat nak beli telefon tue, sebelah mata je kot.
Setelah sekian lama mendiamkan diri dan tidak memberi penerangan mengenai kontroversi ini, akhirnya Aliff Aziz telah tampil bercerita mengenainya. Rupa-rupanya Aliff terpaksa mengaku mencuri untuk menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin. Kata Aliff:-
Jika saya dihukum gantung sekalipun, saya tetap katakan yang saya tak buat perkara itu. Namun, selagi saya tidak mengaku, saya tak dapat nak buat apa-apa kerana masa saya banyak terbuang disebabkan kes berkenaan.
Ketika itu, saya sedang menjalani proses pembikinan album. Jadi atas nasihat peguam, saya terpaksa mengaku dan membayar denda agar proses ini dipercepatkan untuk tidak menjejaskan urusan lain saya yang sudah tertangguh.
Apa yang berlaku adalah diluar jangkaan saya dan pada masa yang sama ia juga banyak memberi pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sejujurnya, apa boleh saya katakan, saya berada di tempat yang salah pada masa yang salah pada ketika itu
Logik juga penerangan Aliff Aziz. Biasanya kes di mahkamah memang mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan. Kalau ada duit, lebih baik bayar denda. Boleh jimatkan masa. Apa pun, diharap Aliff Aziz mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Hati-hati memilih kawan. Silap pilih boleh buat kita pun turut terjebak. Semoga Aliff Aziz kini dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kariernya. Sumber MalaysianDigest.
P.S: Teaser Mini 5 di sekitar Kuala Lumpur
mana leha?? kata laju sgt! puii
who are you? tak tanya pun….
comel..taste mamat ni. walaupun aku lelaki.
whoa are you tu bukan tanya ke? lehaa sloww.. wek wekkk
la, aku tanya Alif.
yg kau perasan pehal? lawak2….
mana ade alif kat sini.. lagi lawakkk lawak…. hahaha
pengomen yg tak bernama….ibarat lembu tak bertuan. :(
ye ke, sib baik nama i anon.. sedihnye jd lembu ye melati. melati ni nama lembu kan… hurm… lembu nama melati mesti lembu pondan kan.. hahahahaah
terpaksa mengaku?????? aduuhh pencuri sebenar pun takut nak mengaku..
aku selalu buat waktu kat kolej dulu…hahahaha
Nothing new, disingapore walaupun awak tidak mencuri terpaksa juga kena mengaku…. kalau saya pun saya mengaku ajer, , saya bercakap dari pengalaman… dari naik turun makhamah buang masa lebih baik mengaku bayar denda dah tutup kes…. jadikan pengajaran lebih berhati2, sebab disingapore mana2 kita pergi ada record jenayah kita selama 5 tahun baru dipadam…..
Bagus pulak singapore boleh padam2 rekod jenayah.
eh?? kesah pulak aku artis sendu ni
Spot on with this write-up, I really think this site needs much more attention. I’ll probably
be returning to read more, thanks for the info!
Kau ni kalau bab nak putar belit……dulu kau tuduh member kau curi, bukan kau. Part tu sendiri aku dah heran, tak logik bunyinya kalau takde bukti tiba-tiba kau kena.
Sekarang dan-dan pulak kau nak cepatkan kes, kau mengaku. Kepala hangguk lu lah, kau penipu dan kau pencuri dan kau pembelit all in one. Kalau dah kantoi tu kantoi lah bodoh, sekarang apa2 hal kau dah mengaku dan kau officially akan dilabel “penjenayah”. Nasib kau la bhai.
Apa2 pun kau memang bangang.
HAHAHHAA MEMANG DIA CURI PON..XPAYAH NAK KAVER MALU LAHHH…SADIS
Yang awak sakit hati sangat kat dia ni kenapa? Entah2 awak kot yang mencuri. Dah dah lah nak kutuk dia. Kita bukan nya Allah nak jadi pengadil!! Kita tak tau sama ada benar atau tak yang dia tu mencuri.
Pencuri mana nk ngaku dia curi ???
Bang nara, kadang2 org mencuri tu bukan sebab takde duit, tapi sebab “tabiat” , tabiat dari kecik sampai ke besar. kalau tak mencuri rasa ketagih, rasa xleh hidup, mcm xde oksigen.
eh helo diam dah ! tabiat konon huh ape tabiat !!!!!!!! minah jambu dulu pon penah mencuri..minah jambu curi neeeeeeeenek minah jambu punye coli ape kau nak !!!! huh !!! lov u alifffffffffffff…
Adik aku pernah kena tuduh dgn bini dia sesuatu yg dia tak lakukan.Bini dia frame dia. Tapi atas nasihat peguam, dia terpaksa mengaku kerana dia takde bukti. So, apa boleh buat. Dunia ni tetap tak adil walaupun ada undang2 utk menegakkan keadilan. Akhirat saja yg adil.
betul apa yg diperkatakan…. KITA TAKDE BUKTI YG KUKUH…. SAYA BUKAN MEMBELA ALIF TAPI INI HAKIKAT YG PERLU DITERIMA…
YG LAIN-LAIN DOK CONDEM ALIF KAU TU ORG BAIK SANGAT KER????????????
lawyer tu x boleh pakai. lawyer yg bagus takkan bg nasihat mengarut camtu. ingat rekod jenayah ni benda main2 ke? sama ada lawyer tu tau adik kau tak mampu bayar kos dia atau lawyer tu pemalas.
Sanggup ada rekod jenayah sebab nak jimat masa….???? Memang handal tol Aliff Aziz ni…!!
nak cover lettew..
Curi atau tidak? Allah mengetahui apa yang Aliff buat.
memang betul pun kata dia… di singapura ni undang2 memang tegas. selagi tak dpt jawapan, mereka tak akan lepaskan atau mengizinkan kita ke luar negeri dengan mudah selagi masih ada kes. lagipun aliff aziz ada duit untuk bayar denda tu, biarlah dia jimatkan masa. yang korang tu mengutuk kenapa? cemburu sangat ke? kalau dia ada kes jenayah sekalipun, itu hidup dia. tak menyusahkan korang pon.
di singapore undang2 tegas la di singapore itu la di singapore ini la. mana ada orang yang waras nak mengaku kesalahan jenayah senang2 camtu je. dan mahkamah pun x patut terima pengakuan bulat2 lebih2 lagi kalau ada fakta meragukan. lagi satu baiknya singapore ni boleh padam2 rekod jenayah lepas 5 tahun mcm komen kat atas sana tu. aku hormat mahkamah singapore jd aku percaya hakim dia mmg jatuhkan hukuman bersalah dengan sewajarnya. tapi hakikat yg si alif ni mengaku bersalah dengan alasan nak cepat, dan hukuman itu mmg jatuh ke atas alif..hurm..fikirlah sendiri.
Die nk byr denda pun ada duit….xkn nk curi henpon..
aliff ni kaya kot..
Hello awak2 semua, awak semua ade bukti ke yang dia tu bersalah? Saya bukan nya nak membela alif tapi cakap tu biar lah berpatutan. Walau dia mencuri sekalipun itu takde hal dengan awak semua. Yang awak semua asik kutuk dia bagai tu apa sal? Dia ade salah ke kat awak semua? Kalau tak puas hati pun jangan lah kutuk dia macam tu, kita sebagai manusia pun buat kesilapan,kan lebih baik kita doa kan dia yang baik2,tak yah lah asik kutuk dia tu. :)
Mcm la pendakwaraya s’pore tu jahil sgt undang2.. nak tuduh kamu tanpa bukti yg cukup.
jahil tu taklah sangat… tuduh tanpa bukti tu pon boleh terjadi kerana hendak cepat close case cepat. dan selalunya kalau tak silap saya, saya dgr2 mereka akan drag the case walaupon kes kecik mcm mencuri sampai berbulan2 atau mungkin setahun dua. jadi siapa yang sanggup tunggu gitu lama?
Eh orang singapore mmg x kisah la ada rekod jenayah. singapore akan padam rekod tu after 5 years what.
Pencuri .. Thief .. ALI BABA ..
maling .. Ambik kau
majoriti org perempuan bela Aliff Aziz ni…
kalau die xkacak?