Ramai yang terkejut apabila berita Aliff Aziz didenda kerana mencuri 2 telefon bimbit di Singapura tersebar beberapa bulan lalu. Pelbagai persoalan bermain di kepala. Pokai sangat ke Aliff Aziz sampai terpaksa mencuri? Takkan tak ada duit nak beli kot? Aliff Aziz kena tuduh kot? Memang secara logiknya, tak masuk akal untuk Aliff Aziz mencuri. Iyerlah, rasanya kencang juga tawaran berlakon dan menyanyi yang diterima selebriti ini. Setakat nak beli telefon tue, sebelah mata je kot.
Setelah sekian lama mendiamkan diri dan tidak memberi penerangan mengenai kontroversi ini, akhirnya Aliff Aziz telah tampil bercerita mengenainya. Rupa-rupanya Aliff terpaksa mengaku mencuri untuk menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin. Kata Aliff:-
Jika saya dihukum gantung sekalipun, saya tetap katakan yang saya tak buat perkara itu. Namun, selagi saya tidak mengaku, saya tak dapat nak buat apa-apa kerana masa saya banyak terbuang disebabkan kes berkenaan.
Ketika itu, saya sedang menjalani proses pembikinan album. Jadi atas nasihat peguam, saya terpaksa mengaku dan membayar denda agar proses ini dipercepatkan untuk tidak menjejaskan urusan lain saya yang sudah tertangguh.
Apa yang berlaku adalah diluar jangkaan saya dan pada masa yang sama ia juga banyak memberi pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sejujurnya, apa boleh saya katakan, saya berada di tempat yang salah pada masa yang salah pada ketika itu
Logik juga penerangan Aliff Aziz. Biasanya kes di mahkamah memang mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan. Kalau ada duit, lebih baik bayar denda. Boleh jimatkan masa. Apa pun, diharap Aliff Aziz mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Hati-hati memilih kawan. Silap pilih boleh buat kita pun turut terjebak. Semoga Aliff Aziz kini dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kariernya. Sumber MalaysianDigest.