Aliff Aziz Tampil Mohon Maaf, Akui Diri Punca Segala Kesilapan

Hiburan

Aliff Aziz Tampil Mohon Maaf, Akui Diri Punca Segala Kesilapan

Hanya berdiam diri sejak kontroversi rumah tangganya hangat diperkatakan, Aliff Aziz semalam menerusi Live di Instagram tampil memohon maaf atas kesilapannya berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.

Advertisement

Aliff mengaku apa yang berlaku berpunca daripada dirinya sendiri dan kesal dengan tindakannya itu. Buat masa ini, beliau sedang berusaha untuk memperbetulkan rumah tangganya.

Menurutnya lagi, setiap status yang dimuat naik oleh Bella di Instagramnya adalah benar berlaka dan tidak memarahi isterinya atas pendedahan yang dibuat.

Setiap kesalahan yang terjadi ada punca. Dalam kes saya, saya mengakui menjadi punca kepada semuanya. Perkara sebenar pun sudah terbukti. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada semua. Bagi saya perlu untuk akui jika ia memang salah.

Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya berasa sangat bersalah terhadapnya. Saya kesal atas apa yang terjadi dan saya tidak mahu nafikan kesalahan saya. Setiap manusia pasti buat salah. Dalam kes saya, diakui ia memang berpunca daripada saya. Nak caci, maki dan hamun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu.

Selepas ini, Aliff tidak akan memberikan sebarang komen lagi dan berharap agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...