Aliff Aziz Rela Memaafkan & Mohon Khilafnya Dimaafkan Juga

Hiburan

Aliff Aziz Rela Memaafkan & Mohon Khilafnya Dimaafkan Juga

Penyanyi dan pelakon sensasi dari Singapura, Aliff Aziz memaklumkan bahawa dia rela memaafkan dan juga memohon maaf kepada semua yang mungkin pernah terasa hati dengan sikap serta kelakuannya dahulu.

Gegar Vaganza Musim ke-8
2 years ago

Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama GV8, Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi, Adibah Noor Jadi Tumpuan

Advertisement

Aliff memberitahu yang dia kini sudah berubah ke arah kebaikan untuk mencari reda Allah dalam kehidupan di akhirat nanti namun dia sedar yang orang akan terus bercakap mengenai kekhilafan dirinya yang lalu.

Orang akan terus bercakap. Tapi, saya tak ada dendam apa-apa pun. Saya tak nak dendam. Saya nak hidup berlapang dada dan nak fokus pada apa yang saya nak buat saja.

Tambah Aliff, pastinya akan ada orang yang sentiasa bercakap mengenai kita dan tidak berpuas hati tidak kisahlah sama ada kita baik, jahat atau cuma menjadi diri sendiri.

Menurut Aliff, Umminya pernah mengatakan yang memuaskan hati semua orang adalah satu perkara yang mustahil kerana orang baik pun ada yang tidak suka, apatah lagi dirinya yang banyak khilaf dan kelemahan diri.

Namun begitu, Aliff memberitahu yang dia cuma mahu fokus pada perkara yang positif saja kerana nak tidur malam pun tidak boleh dan asyik teringat saja jika hendak terus fikir perkara yang negatif.

Aliff Aziz

Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz turut mengatakan yang dia sebenarnya tidak mahu membiarkan diri diselubungi sifat dendam walaupun tahu orang akan tetap mengaitkannya dengan hal aib yang lalu.

Sekadar info, Aliff dikatakan sudah semakin aktif mendalami ilmu agama dengan menyertai kumpulan tabligh yang turut disertai oleh beberapa selebriti lain seperti Nabil Ahmad, Faizal Ismail dan Saharul Ridzwan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...