March 25th, 2019

Kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah masih belum reda. Semalam, Bella sekali lagi mendedahkan suaminya itu ‘kantoi’ curang lagi bersama orang lain pula. Ada individu yang mendakwa melihat Aliff di Johor di dalam kereta bersama seorang wanita beberapa hari lalu.

Pendedahan yang dibuat Bella itu sekali lagi membuatkan netizen terkejut dan mengundang pelbagai kecaman terhadap Aliff. Mereka juga menasihati Bella untuk terus bangkit dan jangan lagi terus menyakiti diri apabilah kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan beberapa kali.

Terbaru, Aliff dilihat telah memadam semua gambar bersama isterinya di Instagram sedangkan sebelum ini beliau ada memuat naik gambar Bella beserta ucapan hari lahir istimewa dan ‘sweet’ buat wanita itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan. Apa-apa pun, kita doakan agar masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan secara baik.

71 responses to “Aliff Aziz Padam Semua Gambar Bella Astillah Di Instagram”

  1. No name says:

    Ehhh korang tkyah sbuk ngn life org . Tngok life sndri dh ok ke? . Ni nk judge life org pdhl life sndri bnyk prblm kot2 lbih truk dr crta bella ni. Fikir2knlahh ye

  2. Miraa says:

    adakah ini yang dimaksudkan cantik tapi bodoh? Setia tapi bodoh. Pls la bella. Be smart enough to stand up and dump him. Cinta tapi diperbodohkan buat apa. Tiga kali bah tu.

  3. Anonymous says:

    bella, if tak ending dengan penceraian pun tak apa. jaga anak and tingkatkan diri.. majukan diri. wanita sekarang boleh berdikari tanpa lelaki..

  4. Anonymous says:

    bistu dah laki yang curang, bini kena diam je ke? biarkan laki buat maksiat?