Entah apa yang hendak jadi dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, tidak serik terus dihimpit kontroversi. Tidak serik dengan kes pergaduhan sehingga ditangkap oleh polis Singapura sebelum ini, Aliff sekali lagi bikin masalah apabila viral video dia bertengkar mulut dan bergaduh dengan beberapa individu.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di luar sebuah restoran di Singapura kecoh dimana Aliff melepaskan kemarahannya dengan mengeluarkan beberapa kata-kata kesat.
Mengamuk dan tunjuk alat sulit
Dalam video tersebut, Aliff juga dilihat membuka zip seluar untuk menunjukkan kemaluannya sambil mengeluarkan kata-kata tidak senonoh.
Turut kelihatan beberapa individu cuba menenangkannya, namun Aliff tidak dapat mengawal dirinya dan sempat membaling sebuah kerusi ke arah individu yang ditengkar.
Terdahulu, pada November 2019 Aliff ditahan polis di Singapura kerana didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk. Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas penyanyi itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road.