Written by serenity | August 8th, 2017

Semalam, Afifah Nasir telah mengadakan satu sidang media untuk memberi kenyataan mengenai kontroversi dia dan pelakon yang bergandingan dengannya dalam drama Izinkan Aku Menyintaimu, Aliff Aziz, diserbu isteri Aliff di sebuah pusat karaoke di Cheras. Berikutan kejadian itu, ramai telah mempersalahkan Afifah kerana membabitkan diri dan berseronok dengan suami orang.

image

Dalam sidang media itu, Afifah mengatakan dia hanya mengikut arahan pihak produksi drama yang dilakonkan oleh mereka untuk berbuat baik dengan Aliff bagi memujuk Aliff supaya lebih berdisiplin di set penggambaran. Ini kerana, menurut Afifah, Aliff pernah tidak hadir ke set penggambaran sehingga lapan hari menyebabkan sesi penggambaran yang sepatutnya mengambil masa sebulan berlanjutan dua bulan. Aliff bagaimanapun merasakan penjelasan Afifah tidak masuk akal.

Kata Aliff kepada BH Online:

Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.

Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun… Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?

Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya.

Gambar: NST

Aliff juga kesal kerana Afifah membabitkan pihak produksi dalam kisah peribadi mereka dan alasan-alasan Afifah hanya seperti menegakkan benang yang basah.

Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.

Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini.

Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah.

DIa juga mempersoalkan kenyataan Afifah bahawa dia bermasalah disiplin di lokasi dan mengapa pula Afifah, pada pendapat penulis, bertindak seperti malaikat mahu mengikut arahan produksi:

Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui.

Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.

Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.

Saya terima hukuman ‘cash’ kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu.

Malah, disebabkan Afifah enggan mendedahkan rakaman perbualan kakaknya Anzalna dengan krew produksi bahawa Afifah diminta memujuk Aliff supaya dia lebih berdisiplin di set penggambaran, Aliff berpendapat rakaman itu mungkin telah dilakonkan:

Saya fikir siapa saja boleh ‘berlakon’ menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.

Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.

Dan dia juga tidak takut jika perlu mengambil tindakan undang-undang yang perlu jika Afifah menggunakan lunas perundangan:

Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu.

Dan disebabkan keterbabitan Allana Amir di tengah-tengah kontroversi, Aliff berpendapat pelakon itu mungkin mengambil kesempatan untuk dikenali:

Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini.

Hasil tinjauan penulis mendapati satu kapsyen yang pernah dimuat naik oleh Afifah beserta gambar bersama Aliff menyatakan Aliff seorang yang ‘easy to work with‘ (senang bekerja bersamanya). Ini berlainan dengan dakwaan Afifah dalam sidang media semalam.
image
Bagaimanapun, tinjauan penulis mendapati gambar beserta kapsyen tersebut telah dipadam dari akaun Instagram Afifah.

Sumber: BH Online

122 responses to Aliff Aziz Komen Afifah Nasir – Jangan Nak Tegakkan Benang Basah

  1. bunga wisteria says:

    ape nk kecoh2 ni? kita pon x tau citer sebenarnya…bukan kita ade kat ctu…tp klu x pegi karaoke x leh ke? musykil aku…yg satu dah jadik bapak org…yg satu lagi anak dara dah ade pakwe katanya…tp pegang2 tgn…aku rasa dua2 salah la

  2. ewah says:

    untongla jd laki hauk cmni.. buat ape pun org respect.. yg pmpn gak yg teruk kene bash.. lg teruk pmpn plak bash pmpn… doa jela xjd kt diri sendiri & family.

  3. J.A says:

    Dua insan pelihatkan peribadi berbeza. Aliff dalam sidang medianya mengakui kesalahannya, tidak memburokkan sesiapa dan tidak mahu melibatkan org lain walaupun didesak oleh media. Afifah membuat alasan, memburokkan Alif dan melibatkan org lain utk menyelamatkan dirinya. Org yg berani dan jujur, selalu mengaku kesilapan/kesalahan. Org yg tidak bersifat demikian akan kemukakan berbagai alasan, berdolak-dalik, dan melibatkan org lain.

  4. Anonymous says:

    yang tak boleh blah tu, pelakon ppuan lana lana tu kenapa menyibuk sama???!!!

  5. Ex-Amnet Forumer says:

    Moral Of The Story Is ……Perempuan sentiasa kena jaga kelakuan sbb walau apa pun perempuan juga yang akan dipersalahkan…

    • Anonymous says:

      i agree with u..lelaki statement eh satu jer..boleh khwin 4..

      • xxx says:

        Boleh kawin 4 tapi tak boleh buat maksiat. So sama jer. Lelaki ke perempuan ke, buat maksiat berdosa

    • Anonymous says:

      laki org perangai lg cam sundal…aku punya kes malas melayan dia buat mcm2 gangguan…besok org akan salahkan aku jgk…dia ingat pompan semua jenis gedik ker…

  6. Anonymous says:

    apa motif alif ni sbnrnya?

  7. Anonymous says:

    hal benda yg memalukan nie, bawak berbincang la korg bertiga. tutup cerita. yg jantan senang la nk mengaku. sebab perempuan tanggung malu. yg alip ni, megah mengaku lakukan maksiat dgn ank dara org. kesian ur wife dpt husband mcm ni.

    • Anonymous says:

      yer yg betine bila kantoi ckap work n play tapi dibelakaang org trus menyundal …eeee bencinyer aku betine yg macm ni

    • Anonymous says:

      bini dia yang psycho tu yang buka aib laki .. gila masalah rumah tanggan bagi tahu satu malaysia!

  8. Anonymous says:

    habisla micheal ang, cerita red velvet n coffee prince xboleh nak atasi drama reality yg tgh pnas ni. xboleh la nk cipta cinta lokasi yg jd fenomena lagi.. huhuhu

  9. id says:

    Me, not sure sape slh or not.. but then hopefully, this is the best lesson for Aliff if what Afifah said , it was all true coz he supposedly can see, wherever he goes the one that would be there for him is his wife Bella coz ,whoever yg try to seduce or close with him , there must be a reason semata mata. So, man out there, hargailah isteri anda ye. For Afifah I think what she said to the press, mengarut la.If u are professional as what u said, dont drag ur personal matter into ur carreer. bcoz if u mix them , its the end for u. Being artist, superstar or whatever in the industry…u must gain also respect not just popularity…bak kata org…matlamat tak menghalalkan cara sis..u beautiful girl.. but no brain.. Be smart la if nk kekal in indusry….xkan la psl ni sis u nk kene goda laki org..haih

  10. chefwan says:

    alip samdol…toksah dok tegakkan batang peliaq hang yang basah…hang yang gatai..dok tuduh orang..oiii poyo.blah lah mangkuk hayun batang berlumut berjuntai..dah tau ada bini yang gatai afasal… dah tu nak salahkan oarng..aku nak tengok berpa hari lagi hang boleh berdrama…

  11. Macho says:

    Kenapa alip sibuk nk komen statement si pipah plk? Bukan ke sebelum ni ko yg suruh pipah bg statement? Bila dia dh buat ko sibuk plk tambah masalah lg. Patutnya ko jd la gentlemen..xpayah suruh yg prmpuan bg statement..ko ckp je la bertanggungjawab sepenuhnya dan mengaku bersalah..kan dah abis. Mentang2 ko mintak maaf dulu..lps tu langsung x back up si pipah..konon2 ko je la yg baik..sbb mengaku. Pipah pun mengaku bersalah..tp dia cuma bgtau kenapa dia buat mcm tu. Aku bkn nk sebelahkan yg prmpuan..tp sepatutnya sebagai lelaki yg juga seorang suami & ayah patutnya lebih matang.. Yg pegang tgan ko..yg tolak bini sampai cedera ko..yg ajak pipah pun ko..org lain bkn tau apa yg kau pujuk pipah sampai dia ikut g karaoke. So patutnya ko SENYAP je dah la..

  12. Minah says:

    Emm…alip tak payah la komen apa2 lagi..

  13. Anonymous says:

    Lelaki mcm Alif ni jenis mulut manis. Words are meaningless kalau u keep doing the same thing again n again. Sampai bila nak mintak maaf?
    Afifah baru sekali ni dihimpit kontroversi. Si alif ni dah berkali2. Bini sendiri pun dah cakap si suami dah kantoi a few times kan. Berhenti jer lah jadi artis alif oiii…. Harap zed zaidi halau dia dari msia ni. Dan production house lain tolong jgn ambik si alif ni berlakon lagi.

  14. Afie says:

    Ye la..ntah apa la yg dia ayat kat si pipah tu smpai dia setuju g karaoke sama2. Lps tu suruh pipah bg kenyataan..bila pipah dh buat dia plk komen lg. Kesian pipah jugak yg kena maki hamun. Yg si lelaki lps dia mintak maaf..abis cerita. Gentleman la sikit lain kali..jgn suruh pihak prmpuan masuk campur. Patutnya ko bertanggungjawab minta maaf atas semua kesalahan..xperlu pipah plk nk kena bg statement. Rasanya masa kejadian pegang tangan tu mesti pipah pun terkedu smpai biar je alip pegang..lg pun biasa la..artis..pegang tgn..salam tu kan biasa..lain la korang yg alim..suci..murni yg mengata kt si pipah tu..mesti korang tepis punya.. Tp yg ajak g sana alip..yg pegang pun alip..yg xsengaja cederakan bini pun alip..jgn la korang nk kecam sngt si pipah ni sorang je..

  15. Pifuck ni memang gedik. Sebab ko sangap sgt si alip nih..mybe ko bayangkan sedapnya kalu dpt batang dia..sebab bf ko mati pucuk. Yelah kan ko dh buat salah still leh back up nmpk sgt batang dia xleh pakai..

    Yg si alip pun salah buat hal tgh bini pantang..tp lelaki kelemahannya wanita. Dia berani mintak maaf berani mengaku tu patut di puji.

    Org yg suke spin citer mcm pifuck nih leh kebumikan aja..dem betullah!!

  16. dewi says:

    si pipah ni memang mcm ni dr zaman sekolah lg, habis yg lovebites kt leher padahal umor 16 ngan g lepak rmh jantan smpi pukul 3 pagi Tu tk masuk lg. siap simpan kondom dlm pencil case. Pipah kalau aku tk kenal ko Dari zaman sekolah, maybe I will pity you..but knowing you..no way. ur born that way, bawak2 lah bertaubat Pipah. Ko boleh spin citer, tp u tk boleh tipu Tuhan.

  17. pipahbuathalakuyangpanas says:

    pihak produksi suruh pujuk,bukan pergi karaoke.
    pujuk boleh guna whatsapp,mesej ke surat ke kalo nak acah jiwang. tak semestinya pujuk kena pegang tangan berdua-duaan . alahai pipah. sekolah tak ni dulu?

  18. Imani says:

    Pihak produksi suruh berbaik jer bukan lebih dari tuh. Boyfriend pula sangat lah menyedihkan. Kalau anak i ada kekasih begini pasti i rasa sangat sedih kerana perempuan sebegini yang dipertahankan. Netizen bukan bodoh. Boleh tengok siapa yang cakap benar dan siapa yang menegak benang basah.

  19. A father says:

    Ariff. Ariff. Smh.
    Bro. If you wanna backup your girl. Be it for the right reasons. Protect a lady’s dignity. Stand up for her honor. Not this. Where is the dignity? Where is her honor?
    Brapa sangat bayaran drama. Few k? For a newbie? Nabila dah kata bayaran mula2 hanyalah 600rm. Artis lain dah keluar statement dah penat hidup susah. Atikah dah habis duit simpanan.
    Kalaulah betul seperti kisah dongeng afifah. Dia dipaksa tangkap cintan untuk mendisiplinkan aliff. Dia perjuangkan maruah untuk drama yang tak seberapa.
    Kau kan maha tahu. Sebelum keluar cctv, kau dah tengok hari sebelumnya. Hebat. Kau dah tahu situation kat shoot. Dah tahu terpaksa afifah bersms dengan aliff. Walau diwarning bella. Afifah tak putus asa. Nasib production atas bahu dia. Besar pengorbanan. Teruskan perjuangan merenyam untuk mendisiplinkan aliff. Fuh. Suci sungguh niat.
    Aliff tak datang shoot sebab bini dah sarat. Bini dah terberanak. Kenalah jenguk. Itu tak penting. Berani bella nak beranak belum habis drama. Berani Aliff tak datang shoot time tu.
    Takpe. Afifah korbankan segalanya. Afifah fikirkan kepentingan production. Kepentingan Alana. Kalau takde aliff, ada ke yang nak tengok afifah and alana belakon. Takpe. Afifah tanggung beban.
    Siang malam berusaha. Kerat peluh untuk memotivasikan aliff. Layan baik baik. Lebih baik dari bella. Kasi dia semangat berlakon.
    Gitu?
    Waduh.

    Dude.
    Kalaulah betul. Ini kalau. Why she cant say no.
    This is playing with her dignity. Anak dara kan? Kata oranglah dara. Bapa professor. Bf auditor. Sisters vougue gila davavom. Alot of status to jaga.
    If she has dignity. Honor. She would say no. Biarlah tak dapat bayaran. Biarlah drama tertunggak. Bukan baru hari ni production buat drama. Mereka berpengalaman. They know what to do. Just do your part. Enough.
    Takkan nak dengar kata lightman atau si tukang dandan. Ketua production tak suruh. Siapa suruh? Si pembuat air ke afifah bisik sendiri. Godalah aliff demi production kata si angin.
    The day she started to flirt despite knowing bella sarat mengandung. Despite tau bella baru beranak. Afifah perjuangkan her mission. Kambing hitam kan. That day she lost her honor.
    Berapa harga your dignity. Berapa harga your family honor. Berapa harga maruah Wan ariff.
    Lebih dari bayaran drama engkau.
    If afifah were to back out from the production. Then production buat bunyi. Aliff buat bunyi.
    Time tu bro. Time tu sahaja.
    Kau keluar memperjuangkan maruah afifah. As she has proven. She cant be bought. She is willing to lose everything but not her honor. So that is when you fight for her.

    Not now. Dia mengaku dia buat semua yang bella kata. Bersms. Berjumpa. Tak keluar bilik bila mak mentua pun hadir. Keluar berpegang tangan. Kesian Alana tunggu kat parking.
    Tapi walau dia buat. Dia tak salah. Faham Wan ariff! Afifah tak salah. Kerana dia mangsa keadaan. Teraniaya.

    Persoalan Ariff. After afifah keluar karoke penuh bergaya dengan aliff berkaca mata hitam walau dah nak malam. Dia pergi mana? Mesti naik sekereta. Dia pergi mana dan buat apa.

    Kau nak fight. Biar fight yang sah. Tapi takpe. Kau kan maha tahu. Sehari sebelum mereka berkaraoke, kau dah tengok cctv. Maruah letak tepi. Harga diri gadai sepenuhnya. Semua untuk sokong impian si muka petak nak jadi pelakon.

    Berani production tak backup. Dah suruh. Dah buat. Hilang. Bonus pun tara. Drama tak tentu keluar. Afifah dah teraniaya. Kesian.

    Sedarlah. Never bite the hand that feeds you. Drama tak habis burukkan boss. Production mana yang nak ambik your girl belakon lagi. Tapi takpe. Kesian si pari pari. Dikambing hitamkan. Gaji auditor kan ada. Basic berapa bro? Ada rm4k. Baru graduate?
    Cukup.

  20. Zul says:

    Aliff Pipah pon kena jaga air muka dia juga…tak kan lah dia kata yeah i ada hubungan dengan Alif. Tentu netizen lagi marah. So kena cakap you ada masalah disiplin dan pihak produksi yang minta tolong untuk dia berbaik mesra bermesej dengan you..kena spin selagi boleh. Malangnya kekasihnya saja yang percaya hahaha…

  21. Endo says:

    Afifah, kau tu pelakon. Bukan escort kepada pelakon. Kalau btul produksi soh ko jaga alif maksudnya communicate and kerjasama dlm scene lakonan nanti. Tlg cmtu bkn tlg teman gi karaok.

  22. aku says:

    x abis2 lg ker kes bangang ni

    • Anonymous says:

      tak abis sbb byk yang bangang melayan kes ni..tak habis2 fokus tang si pipah…yg si aliff perangai cam haram dari dulu remain sinless sbb org bangang sibuk push pipah sorang…bella pulak perasan laki dia tu baik mcm malaikat sebelum jumpa pipah…tu la kawin muda dunia pun tak kenal lagi…..yg laki tu akan terus enjoy pancing ikan baru sbb pipah dgn bella bukanlah jelita mana