Sekali lagi nama penyanyi Aliff Aziz dihimpit kontroversi selepas terpalit dengan dakwaan mencuri sejumlah wang milik seorang pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri ketika berada dalam sebuah kelab malam di Clarke Quay Singapura pada 7 Jun lalu.
Menerusi laporan di portal Indonesia, Haluan Kepri, Yunika berkata dia mengesyaki Aliff megambil wangnya ketika dia membuat bayaran di kaunter.
Saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter. Saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.
Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya. Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya.
Yunika berkata, dia sudah melaporkan kejadian ini kepada polis Singapura dan kini kes tersebut dikendalikan oleh polis republik itu. Malah, nama Aliff juga jelas tertera dalam laporan polis yang dibuat oleh Yunika.
Sejauh mana kesahihan berita ini tidaklah kami ketahui. Kami harap Aliff dapat segera tampil memberikan penjelasan agar tiada lagi sebarang spekulasi liar terus tercetus.