Pelakon Bella Astillah semalam telah hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian terhadap suaminya, aktor dan penyanyi Aliff Aziz.
Bagaimanapun, Aliff dilaporkan gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta meskipun menurut Bella dia sudah bersetuju untuk bercerai.
Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.
Sempat lagi shooting
Sebelum ini Aliff berkata dia tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di lokasi penggambaran membuatkan ramai berasa geram kerana dia seharusnya mendahulukan urusan yang lebih penting.
Meskipun ada yang rasa curiga tentang alasan Aliff namun ia ternyata benar apabila pelakon berusia 33 tahun tersebut dilihat berada di sebuah lokasi di Shah Alam.
Sebuah rakaman tular memaparkan bapa kepada dua cahaya mata itu berada di tempat penggambaran berlangsung dan aktres Ruhainies juga turut kelihatan di sana.
Sejam sebelum Bella pergi mahkamah
Mereka berdua dipercayai berada di situ bagi menyambung penggambaran drama bersiri ‘Terjerat’ yang sepatutnya turut dibintangi Bella sebelum dia mengundur diri.
Difahamkan, menurut pengguna TikTok yang menyebarkan video itu, ia dirakam satu jam sebelum Bella dilihat hadir ke mahkamah.
@masta.naim Semoga urusan korang semua dipermudahkan 🙏 #ruhainies #aliffaziz #bellaastillah #terjerat #fyp ♬ original sound – masta.naim
Menerusi ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Aliff kerana bukan sahaja masih belum memberi penjelasan tetapi juga tidak mengutamakan urusan yang lebih penting.
Sesetengah individu juga turut mengajak orang ramai memboikot drama tersebut yang dianggap menjadi punca berlaku kekecohan ini.
Bella dah separuh nyawa kena khianati, dia orang boleh buat macam tak ada apa apa.