Muncul ura-ura mengatakan bahawa pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tidak ‘merestui’ penglibatan isterinya, Bella Astillah dalam program Famili Duo.
Ini berikutan Aliff Aziz dikatakan tidak membuat hantaran sokongan terhadap Bella mengenai penyertaan isterinya itu dalam rancangan itu.
Malah, kemenangan Bella dan sepupu, Wani di minggu pertama juga dikhabarkan tiada ucapan ‘tahniah’ oleh Aliff.
Berikutan itu, lapor xtra, Bella enggan memberi komen penuh mengenai dakwaan itu.
Saya tak ada jawapan untuk persoalan terbabit. Bukan saya tak nak bagi jawapan terhadap soalan yang diajukan, tapi saya rasa persoalan itu seharusnya diberikan kepada Aliff.
Kata Bella lagi, dia kini memberikan sepenuh tumpuan terhadap pertandingan itu.
View this post on Instagram
Sejujurnya saya memang sedang sibuk dan tak nak fikir apa pun. Semenjak Famili Duo bermula, jadual harian saya berubah.
Saya mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap pertandingan ini bersama Wani dan mahu menonjolkan prestasi terbaik.
Bella sebelum ini dilihat memberikan sokongan penuh terhadap Aliff Aziz ketika program Gegar Vaganza berlangsung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.