August 20th, 2018

Nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi kontroversi hangat apabila beliau didakwa menipu dan enggan memulangkan kembali wang yang dipinjam dari seorang usahawan muda.

Menerusi satu kenyataan di Facebook Rashidi Ramli, Aliff beberapa kali merayu untuk meminjam duit daripadanya dan berjanji akan mempromosikan produk wangian individu itu dalam tempoh lapan minggu di akaun Instagramnya.

Merasa kasihan dengan keadaan Aliff yang sangat terdesak, usahawan tersebut meminjamkan ribuan ringgit kepada artis tersebut. Malangnya, Aliff tidak menunaikan janji yang telah dibuat dan boleh pula memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

Apa yang didakwa oleh Rashidi bukanlah sekadar cakap kosong sahaja, beliau ada menyertakan bukti mesej perbualan mereka di WhatsApp serta slip transaksi pemindahan wang ke dalam akaun Aliff.

Bukan Rashidi seorang sahaj ditipu, malah beberapa rakannya termasuk pihak pengurus acara turut menjadi mangsa penipuan Aliff. Ketia itu Aliff dijemput sebagai artis jemputan namun pada saat akhir beliau telah membatalkannya dan menyebabkan pihak pengurusan acara itu megalami kerugian.

Adakah segala dakwaan ini benar? Betul ke Aliff sangat terdesak sehingga terpaksa menipu. Kami harap beliau dapat tampil memberikan penjelasan lanjut mengenainya.

Sumber Berita : Facebook Rashidi Ramli


26 responses to “Aliff Aziz Didakwa Menipu Dan Songlap Duit?”

  1. Anonymous says:

    padan muka m alif ckp putar belit muka pun macam ikan belit..

  2. Alifbatha says:

    I think pengadu ni belum habis bayar seperi yang Alif Minta…so he post 1 saja ikut rate IG nya. Apa pon since bro tu bayar sebahagian duit waktu Alif terdesak sampai merayu bagi. Tak salah bagi extra promotion.

  3. Anonymous says:

    Singapore pun tk hinginkan rakyat penipu mcm dia..memang asal singapura..tapi tabiat dia ni tk kira datg dari mana pun..kt malaysia pun ramai jugak yg penipu. Ramai jugk artis2 yg pembohong penipu
    Ini soal diri sendiri yg tk betul..

  4. Benci alipp tenuk says:

    Mcm² la tenuk sekor ni bosan aku dgn dia ni asyik buat masalah memanjang je tak malu ke tenuk?

    Pukul bini – kaki disko – playboy – pencuri – penipu – kaki belit – acah kacak – belakon soft porn suka sentuh² tenung²

    Puiituihh!

    • Anonymous says:

      kalau mcm ni perangai, mmg x layak dpt ic merah atau biru utk jadi warganegara malaysia, duduklah singapura tu, hrp imigresn, polis ambil perhatian.

  5. sabun wangi says:

    macam melepaskan anjing tersepit so lepas ni semua beware la ye jumpa alif tolong samak mulut dia

Loading...