Sesi siaran langsung penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz telah mendapat perhatian ramai di media sosial.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan pelakon itu membuat ‘live’ namun apa yang mencuri perhatian adalah netizen membanjiri ruangan komen dengan nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menjengah ke ruangan komen, netizen mendakwa penyanyi tersebut mengelak daripada membaca komen dan berinteraksi dengan penonton yang melihat siaran langsung TikTok itu.
Sebelum ini, Syed Saddiq menjadi bualan netizen apabila dilihat terlalu akrab dan mesra bersama pelakon, Bella Astillah.
Sekadar info tambahan, Aliff telah berkahwin dengan Bella pada 9 September 206 dan telah disahkan bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Pasangan itu kemudiannya bercerai untuk kali kedua pada 12 Jun 2024.