Usahawan Noor Nabila sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik foto bersama jejaka yang sama, namun kali ini menampilkan wajah lelaki tersebut dari sudut hadapan.
Menerusi perkongsian berkenaan, Nabila menjelaskan tujuan hantaran itu dibuat bagi menghentikan segala dakwaan dan spekulasi yang berlegar sebelum ini.

“Hantaran ini bertujuan untuk hentikan fitnah-fitnah netizen.”
Susulan pendedahan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila spekulasi tidak benar yang mengaitkan kakak kepada usahawan selebriti Neelofa dengan penyanyi Aliff Aziz akhirnya terjawab.
Sebelum ini, Nabila mengejutkan ramai apabila memuat naik hantaran bersama seorang jejaka tinggi lampai di Instagram Story, namun wajah lelaki berkenaan ditutupi dengan ‘sticker’. Penampilan berjanggut jejaka itu kemudiannya mencetuskan spekulasi liar dalam kalangan netizen yang mendakwa Nabila menjalin hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Singapura berkenaan.
Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 sebelum berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia lapan tahun.
Nabila kemudian berkahwin dengan Engku Emran pada 26 September 2023, namun perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
