Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.
Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat
Mereka berdua sebelum ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes khalwat.
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Saya faham dengan pertuduhan. Saya mengaku tidak bersalah. – Aliff Aziz
Manakala Ruhainies turut membuat pengakuan yang sama di hadapan hakim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Perbicaraan ditangguhkan pada 12 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.