Kecoh seketika media sosial terutamanya Threads apabila ada individu mendakwa mereka pernah beberapa kali terserempak dengan pelakon kontroversi Aliff Aziz keluar bersama aktres jelita, Ruhainies.
Terbaru, seorang individu mendakwa dia ada berjumpa dengan kedua-dua pelakon di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dakwa individu itu, kedua-duanya seperti sedang dalam perjalanan bercuti bersama-sama ke luar negara.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang beberapa kali terjumpa dengan Ruhainies dan Aliff Aziz di luar seperti mengiyakan dakwaan keduanya ada menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.
Meskipun Ruhainies dan Aliff tidak pernah terbuka mengatakan mereka sedang dilamun cinta, namun peminat merasakan ‘sesuatu’ kerana kedua-duanya sering berbalas emoji di media sosial masing-masing.
Malah, sebelum ini wujud spekulasi yang mengatakan Aliff dan Ruhainies bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.