Aliff Aziz Dan Bella Astillah Bertunang 12 Disember Ini

Hiburan

Aliff Aziz Dan Bella Astillah Bertunang 12  Disember Ini

Pernah dilabel sebagai playboy, Aliff Aziz kini lebih matang dalam perhubungan dan kami rasa semua orang boleh melihat bahawa beliau serius dalam bercinta bersama kekasihnya Bella Astillah.  Hasrat Aliff untuk  bertunang dengan Bella pada tahun ini akhirnya tercapai apabila beliau mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu pada 12 Disember ini.

Advertisement

Saya akan bertunang pada 12 Disember ini. Tarikh itu dipilih memandangkan angkanya iaitu 12.12.2015 nampak cantik. Tambahan pula ia jatuh pada hari Sabtu.

InsyaAllah pertunangan ini akan diikat selama setahun dan kemudian kami akan melangkah ke fasa perkahwinan pula.

Sedang di lamun cinta, Aliff sering memuat naik foto mesra beliau dan Bella di Instagram, namun perkara tersebut tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang beranggapan aksi mereka ibarat pasangan yang sudah berkahwin.

Apabila orang komen kami dilihat seperti suami isteri, saya senyum sahaja. Saya dan pasangan masih tahu batasan yang perlu dijaga. Kami masih lagi ada ibu bapa yang perlu dijaga hati mereka.

Gambar yang dimuat naik sekadar perkongsian dengan peminat dan bagi saya, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing.

Biasalah, kalau orang sedang bahagia dan di lamun cinta pasti mereka ingin berkongsi kemesraan mereka kepada umum. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja kepada pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah dan jangan lagi kenangkan sikap Aliff yang dahulu. Manusia boleh berubah bukan?

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...