March 4th, 2016

Bertunang sekitar bulan Disember tahun lepas, Aliff Aziz dan pasangan Bella Astilla khabarnya bakal disatukan sebagai suami dan isteri selepas Hari Raya Aidilfitri.

Walaubagaimanapun,keluarga mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh rasmi pernikahan mereka namun segala persiapan perkahwinan sudah mula dilakukan agar segalanya berjalan dengan lancar kelak.

Insya-Allah jika tiada aral melintang kami berdua akan disatukan sebagai suami-isteri selepas hari raya tetapi belum ada sebarang tarikh lagi buat masa ini.

Bagaimanapun kami berdua sudah pun mula membuat persiapan kerana tidak mahu melakukan pada saat-saat akhir dan Alhamdulillah sehingga sekarang 40 peratus sudah pun siap.

Mengakui hanya melakukan majlis perkahwinan secara sederhana, Aliff tidak mengharapkan sebarang tajaan tetapi jika ada yang sudi menaja perkahwinannya beliau akan terima dengan tangan yang terbuka.

Perancangannya kami hanya akan mengadakan resepsi di Kuala Lumpur dan hanya membuat resepsi kecil-kecilan di Singapura dan Sabah. Mengenai tajaan kami tidak mengharap dan sekiranya ada itu adalah rezeki kami berdua.

Sekarang ini Aliff Aziz nampaknya sudah mula berubah perlahan-lahan dan lebih bertanggungjawab. Harapnya segalanya berjalan dengna lancar pada hari perkahwinan beliau dan Bella. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...