Walaupun pernah menghadapi kisah duka suatu masa dahulu namun pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah kini kelihatan bahagia menjalani kehidupan bersama dua anak kesayangan.
Malah mereka tidak segan untuk meluahkan kata-kata cinta antara satu sama lain di Instagram meskipun menjadi tatapan ramai peminat. Terbaru, penyanyi dan pelakon lelaki itu telah memberikan ucapan manis yang panjang sempena hari jadi isterinya yang ke-27.
“Selamat ulang tahun ke-27 isteriku yang cantik dan penyayang, Bella Astillah. Awak sangat mengagumkan saya dengan sentiasa menjadi dirimu sendiri. Terima kasih kerana menyinari hidup saya dan orang di sekeliling awak dengan hati awak yang baik dan tulus.”
Malah Bella juga dilihat sempat membalas entri tersebut dengan ucapan terima kasih dek kasih sayang yang diberikan.
“Aww terima kasih sayang, terima kasih kerana menyayangi saya.”
Bukan itu sahaja, wanita itu turut memuat naik entri istimewa hari jadinya dan sempat meluahkan rasa syukur kerana dikurnikan keluarga yang membahagiakan.
“Alhamdulillah, saya genap berusia 27 tahun. Terima kasih Allah SWT kerana mengurniakan saya anak-anak yang comel serta suami yang penyayang. Semoga saya diberikan umur yang panjang untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga saya, insyaAllah.”
View this post on Instagram
Ditemani anak Ayden Adrean, 4, dan Ara Adreanna yang kini berusia lapan bulan, pasangan ini ternyata nampak bahagia dengan kehidupan mereka kini.