July 14th, 2020

Berang apabila isterinya, Bella Astillah yang juga seorang selebriti menerima kata hinaan daripada seorang netizen mengenai tubuh badannya yang gempal susulan sarta hamil anak kedua, penyanyi Aliff Aziz menyatakan tindakan individu terbabit tidak boleh diterima kerana dia telah berkelakuan biadab dengan isterinya.

bella astillah dihina gemuk aliff aziz berang

Menurut Aliff, perkara ini timbul apabila seseorang itu tidak mempunyai adab untuk menghormati orang lain lantas bertindak mengeluarkan kata-kata kesar tanpa rasa bersalah.

bella astillah dihina gemuk aliff aziz berang

“Satu perkara menyampaikan kata-kata kasar untuk orang lain tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang sarat mengandung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain.”

Aliff meluahkan rasa marah tesebut menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya semalam. Katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambi tindakan undang-undangsekiranya perkara tersebut berulang kembali.

bella astillah gemuk

“Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini. Berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang.”

Untuk rekod, Aliff dan Bella telah melangsungkan perkahwinan pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayden yang kini berusia tiga tahun. Malah, murut pihak hospital Bella yang sarat hamil anak kedua itu dijangka melahirkan anaknya itu pada 17 Julai ini.

Sumber: Gempak


4 responses to “Aliff Aziz Berang Bella Astillah Dihina Gemuk Macam Haiwan”

  1. Anonymous says:

    poyo je. kene sepak dengan orang terbaring atas jalan raya. cakap besar lah takleh masuk malaysia sekarang

  2. whatDuh says:

    Walau Aliff ni bukan betul sgt ke apa still tetap salah panggil org ngandung dgn panggilan oink2…kalau kita kena kita pun terasa hati kan…yg panggil org oink2 ni apa rasa diri cantik sgt?! Too much jugak

  3. Kau rimas ker says:

    Apa yg dia buat kat bini dia lagi teruk compare ngan hinaan tu…
    Buat isteri cam sampah… kluar ngan pompuan masa bini preggy.. curang berapa kali ntah… bila ko sendiri tak respek kat isteri sampai org lain pun boleh kurang ajar… takkan buat2 lupa plak…

    Yg menghina pun.. nak jugak tengok muka cantik nau ke

    • kucing hipster says:

      teruk2 dia pun dia boleh minta maaf kt isteri dia. yg hina ni sapa? larat nk cari kt padang masyar besok? nk minta maaf kat dunia mmg tak la kan unless aliff saman. dh nk saman br semua gigih nk minta maaf.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...