Aliff Aziz Berang Bella Astillah Dihina Gemuk Macam Haiwan

Hiburan

Aliff Aziz Berang Bella Astillah Dihina Gemuk Macam Haiwan

Berang apabila isterinya, Bella Astillah yang juga seorang selebriti menerima kata hinaan daripada seorang netizen mengenai tubuh badannya yang gempal susulan sarta hamil anak kedua, penyanyi Aliff Aziz menyatakan tindakan individu terbabit tidak boleh diterima kerana dia telah berkelakuan biadab dengan isterinya.

bella astillah dihina gemuk aliff aziz berang

Advertisement

Menurut Aliff, perkara ini timbul apabila seseorang itu tidak mempunyai adab untuk menghormati orang lain lantas bertindak mengeluarkan kata-kata kesar tanpa rasa bersalah.

bella astillah dihina gemuk aliff aziz berang

“Satu perkara menyampaikan kata-kata kasar untuk orang lain tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang sarat mengandung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain.”

Aliff meluahkan rasa marah tesebut menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya semalam. Katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambi tindakan undang-undangsekiranya perkara tersebut berulang kembali.

bella astillah gemuk

“Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini. Berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang.”

Untuk rekod, Aliff dan Bella telah melangsungkan perkahwinan pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayden yang kini berusia tiga tahun. Malah, murut pihak hospital Bella yang sarat hamil anak kedua itu dijangka melahirkan anaknya itu pada 17 Julai ini.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...