Penyanyi Singapura Aliff Aziz sebelum ini sering dikaitkan dengan kontroversi. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita termasuklah Anne Ngasri dan juga penyanyi Adira.
Melalui mStar Online, Aliff mendedahkan akan bertunang dengan kekasihnya Bella Astilla Disember ini namun tarikh masih belum ditetapkan. Katanya, keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu sebelum ke alam perkahwinan.
InsyaAllah saya merancang untuk bertunang dengan Bella pada Disember ini. Cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi.
Keputusan ini dibuat selepas merasakan Bella adalah wanita idaman saya yang sebenar untuk dijadikan bakal isteri.
Namun begitu, mereka berdua tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Aliff juga memberitahu yang dia ingin membersihkan namanya yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, malah ingin berhenti dari berhibur di kelab malam kerana aktiviti itu juga banyak mencemarkan namanya.
Sudah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lelaki yang budiman dan berdisplin dalam melakukan sesuatu perkara.
Jujurnya, Bella juga banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik. Saya tidak mahu lagi isu-isu buruk tentang saya diceritakan lagi.
Kalau benar Aliff mahu berubah, memang ia satu perkembangan yang baik. Rugi kerana bakat dan rupa yang ada dipersia akibat terpalit kontroversi demi kontroversi.
Aliff dan bakal tunangnya itu sememangnya sama cantik dan sama padan. Sekiranya sudah bersedia eloklah bergerak ke fasa seterusnya. Berkepit lama-lama pun tidak elok.
Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.