Aliff Alli Nafi Pukul Isteri Ketika Hamil

Hiburan

Aliff Alli Nafi Pukul Isteri Ketika Hamil

Kecoh baru-baru ini apabila adik kepada Isa Khan iaitu Aliff Alli didakwa sering memukul isteri dan dicop sebagai kaki mabuk mula  mendapat perhatian netizen baik di Malaysia mahupun pengikut di Indonesia.

aliff alli

Advertisement

Lebih menguatkan lagi dakwaan itu, beberapa gambar turut dikongsikan sebagai bukti yang beliau melakukan keganasan rumah tangga ketika bekas isterinya Aska Ongi tengah sarat hamil empat bulan.

Namun Aliff ketika dihubungi Gempak, menafikan hal berkenaan malah enggan mengulas lanjut berikutan kes tersebut.

aliff alli pukul isteri allif alli pukul isteri

“Mohon maaf saya tidak bisa berkomentar banyak, yang pasti apa yang telah diberitakan itu tidak benar.”

Lebih mengejutkan, sepanjang berada di Indonesia, beliau juga didakwa tidak mempunyai permit kerja yang sah dan hanya menggunakan pas pelancong sahaja.

Untuk rekod, pelakon filem Heart 2 Heart itu sebelum ini pernah berkahwin dengan Nora Alexandra Phillip, namun bercerai pada tahun 2017 sebelum mengahwini Aska pada 19 Disember 2018.

Perkahwinan bersama Aska bagaimanapun musnah apabila pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada November 2019.

Namun hasil perkahwinannya bersama Aska, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...