Alif Teega Didakwa Salah Guna RM63K Dana Awam Untuk Infaq Korban, Iftar Mekah, Syria & Palestin

Berita

Alif Teega Didakwa Salah Guna RM63K Dana Awam Untuk Infaq Korban, Iftar Mekah, Syria & Palestin

Pensohor media sosial dan juga usahawan, Alif Teega didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan salah guna dana awam bagi program infaq, iftar dan korban berjumlah RM63,605.48 pada April dan Jun lalu.

Alif dilaporkan tidak bersalah di atas dua pertuduhan tersebut selepas ia dibacakan Hakim, Azura Alwi serta mohon untuk dibicarakan.

Advertisement

Dalam pertuduhan pertama, Alif didakwa menyalahgunakan wang RM36,047.35 bagi tujuan infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin di CIMB Bank KL Gateway pada 26 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu dituduh menggunakan wanga RM27,558.13 bagi program ‘Jom sertai infaq daging Qurban’ di bank sama, 15 Jun lalu.

Alif yang pada mulanya dikehendaki untuk membayar wang jaminan antaraRM50,000 hingga RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan telah dikurangkan kepada RM10,000 setelah peguam mewakilinya membuat rayuan memandangkan harta anak guamnya itu telah dibekukan pihak SPRM.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Oktober depan.

Terdahulu, Alif bersama isterinya, Aisyah Hijanah telah ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah.

Ia berikutan tular mengenai dakwaan pasangan itu hidup mewah dan dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma dengan peratusan yang cukup tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

GISB Holdings
3 months ago

3 Pembantu Pengajar Madrasah GISBH Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap 5 Kanak-Kanak Lelaki Bawah 12 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...