Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Alif Syukri Teringin Berduet Dengan Anuar Zain & Faizal Tahir

Ha, jangan main-main dengan Datuk Seri Aliff Syukri. Selepas merakam lagu Abang Nak Tegur, Bobo Di Mana, Biar Apa Orang Kata, Jom Raya dan yang terbaru Cowok Baru, Aliff Syukri telah melahirkan hasratnya untuk berduet dengan Anuar Zain dan Faizal Tahir. Ini sejajar dengan keinginannya untuk menjadi popular dan hebat seperti kedua-dua penyanyi tersebut.”
aliff syukriKata orang, cita-cita biar setinggi langit. Kalau tak berjaya pun, sekurang-kurangnya kita cecah ke awan. Abang Nara kagum dengan keinginan Datuk Seri Aliff Syukri ini walaupun nyanyiannya dikritik teruk oleh para netizen. Memang usahawan ini tak ambil peduli apa orang kata. Yang penting apa yang dikehendaki, pasti akan ditunaikan.

Kata Datuk Seri Aliff Syukri:-

Advertisement

Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat… saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka.

Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani kerana dia salah seorang bakat baru yang mempunyai populariti dan bakat yang baik dalam bidang nyanyian

aliff syukriOk juga sebenarnya kalau Anuar Zain dan Faizal Tahir sanggup berduet dengan Aliff Syukri. Barulah kita dapat lihat bakat sebenar nyanyian beliau. Selama ini berduet dengan Sajat, Lucinta Luna lebih kurang je sama taraf suaranya. Kita tunggu apa reaksi Anuar Zain dan Faizal Tahir. Manalah tahu ia akan menjadi satu kenyataan kan? Sama-sama kita nantikan. Sumber Astro Awani.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 Comments

  1. Noname

    August 27, 2019 at 2:04 pm

    Jgn tngok utube official dia ,…he’ s earning money through it wlu duit berkepuk…konon minat…dok desak2 org terima apa hal…kau sendiri x bole nyanyi tanpa pondan2 selit sana sini…tu bkn seni….gila sanjungan..

  2. Anonymous

    August 27, 2019 at 11:49 am

    Betullah kata orang…cash cant buy the class

  3. geram aku

    August 27, 2019 at 10:47 am

    tolong ek datuk….jangan nak dirosakkann lagu faizal tahir ngan anuar zain tu . datuk banyak duit mana sekalipon.tolong lah jangan . dua-dua tu legend….huh!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top