Alif Satar Terharu Jiran Tetangga Hulur Bantuan Sepanjang Isteri & Anak-Anak Kuarantin Di Rumah

Hiburan

Alif Satar Terharu Jiran Tetangga Hulur Bantuan Sepanjang Isteri & Anak-Anak Kuarantin Di Rumah

Umum mengetahui, penyanyi serta pengacara popular tanah air, Alif Satar kini sedang menjalani tempoh kuarantin dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Melaka susulan dirinya positif Covid-19.

Advertisement

Rentetan itu, isteri dan anak-anaknya yang sebelum ini merupakan kontak rapatnya seakan mampu mampu menghembus nafas lega apabila mereka telah disahkan negatif daripada wabak pandemik itu namun masih perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Susulan isterinya, Shadila Halid, 36 tidak dapat keluar kemana-mana kerana sedang menjalani kuarantin, Alif tampil mendedahkan kepada umum bahawa jiran tetangganya amat prihatin kerana bertindak memberikan bantuan seperti barangan keperluan serta makanan buat mereka anak beranak.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Alif menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Kata Alif, komuniti di kediamannya amat meringankan bebanan keluarganya seperti membantu membuangkan sampah serta memberi makanan dengan meninggalkan lauk di hadapan pintu rumah mereka.

Tidak ketinggalan, ibu bapa mereka khabarnya masih setia membantu membelikan barangan dapur dan keperluan harian keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa gembira dwngan perkhabaran itu. Malah, peminatnya juga amat mengagumi sikap yang dipraktikkan jiran-jiran Alif yang sentiasa ringan tulang membantu keluarganya yang kini menempuh fasa yang agak sukar.

Susulan itu, Alif menzahirkan ucapan terima kasih kepada jiran tetangganya yang amat prihatin dan mengambil berat akan kondusi isteri serta anak-anak sepanjang beliau berada di Melaka ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...