March 3rd, 2020

Kematian tidak mengenal usia, tua atau muda. Bila-bila sahaja diri boleh dipanggil “pergi”.

alif satar

Begitu terkesan dengan berita pemergian dua rakan selebriti iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair yang mati mengejut pada usia muda, ia telah memberikan kesedaran dan membuka mata Alif Satar untuk membuat persedian awal buat keluarganya.

Alif telah membuat pelan perwarisan harta daripada sekarang, buat isteri dan anak-anaknya. Tidak mahu nasib mereka terumbang-ambing dan ingin memastikan keluarganya itu mudah meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya nanti.

alif satar wasiat

Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.

Saya dah buat wasiat sejak lahir anak pertama. Kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup.

alif satar isteri

Bab ajal dan maut ini memang kita tidak boleh duga dan tindakan Alif itu sangat tepat. Bertindak awal dengan bijak supaya masa depan keluarga lebih terjamin apabila suatu musibah berlaku kelak.

Sumber Berita : mStar Online


4 responses to “Alif Satar Sudah Buat Wasiat, Risau Nasib Isteri Dan Anak-Anak Jika Mati Dulu”

  1. ikan says:

    wasiat tu orang buat utk orang2 yg bukan waris. 1/3 harta je boleh diwasiatkan, selebihnya kena faraid. wasiat ni waris boleh contest, ada waris tak setuju boleh terus terbatal wasiat. buatlah hibah. hibah pun ada syarat2 sah jugak. boleh hibah reta yg mmg ko punya, org yg nak dihibahkan tu pun kena setuju nak terima. anyway klu aku salah mohon betulkan.

  2. Anonymous says:

    Mana ada..kan kat berita atas tu tulis alif da buat wasiat start dr dpt ank pertama lg,baca info betul2..

  3. Anonymous says:

    Ini mesti sebab dia tengok macam ner kehidupan balu arwah Abam…si Ali tu tak menyabar nak amik semua konon nak faraid la sampai RM1 pun berkira. Sedangkan tak ingat ke Dayah dgn anak dia yang kecil tu nak survive apa kalau tiada pendapatan. Manusia sebegini yang membuatkan Islam nampak buruk di mata orang lain. Islam sangat mudah, indah. Bab faraid memang penting tapi perlu ada timbang tara…ihsan semua.

  4. Anonymous says:

    BGS ALIF

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...