Alicia Amin Bengang Disuruh Kahwin Semula Dengan Bekas Suami – “Tolong Jangan Sesuka Hati..”

Hiburan

Alicia Amin Bengang Disuruh Kahwin Semula Dengan Bekas Suami – “Tolong Jangan Sesuka Hati..”

Pelakon dan model, Alicia Amin meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir netizen yang sesuka hati memintanya untuk berkahwin dengan bekas suami, Dr. Farzan Iqbal.

Ujar Alicia, dia diminta untuk berbuat demikian gara-gara hubungan baiknya bersama Farzan meskipun sudah bercerai pada Mac lalu.

Advertisement

Katanya lagi, orang ramai tidak sepatutnya berkata dan meminta sesuatu seperti itu kepada individu yang tidak dikenali.

Tolong jangan normalisasi mengatakan perkara sebegitu kepada individu tidak dikenali. Kenapa perlu bercerai? Untuk keseronokan ke?

Tambah Alicia, hubungannya bersama bekas suami sangat baik dan mereka lebih memilih untuk kekal sebagai kawan sahaja.

Dia dalam pada itu memohon doa orang ramai agar mereka berdua hidup bahagia dan bukannya menyuruh melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya.

Alicia amin cerai Sumber : Instagram  

Sebaik-baiknya berdoalah untuk kebahagiaan dan kerjaya berbanding inginkan saya kembali bersama dengan seseorang yang saya tidak lagi bersama.

Terdahulu, Alician dan Farzan telah mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2021 namun bercerai pada 2 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Rita Rudaini
2 years ago

"Harap Daddy Datang Jenguk.." - Rita Rudaini Sebak Anak Dapat Anugerah Pengetua, Netizen Luah Rasa Kagum

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...