Kanak-kanak adalah orang yang paling gembira apabila musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi. Mereka semua sangat bersemangat apabila ibu bapa membelikan baju baru setiap kali tiba waktu raya.
Bagi seorang kanak-kanak yang bernama Aliah, tahun ini adalah pengalaman paling manis dalam hidupnya.
Aliah adalah seorang penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom mendapat kenangan paling manis apabila berpeluang bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dipetik dari Bernama, Kanak-kanal berusia 10 tahun ini mengakui agak gementar apabila Sultan Abdullah berkenaan memimpin tangannya semasa menaiki eskalator di pasar raya, dan mula bertanya beberapa soalan kepadanya sepanjang perjalanan.
Tuanku tanya saya hendak beli apa dan saya jawab baju raya. Tuanku beritahu saya ambil apa sahaja yang saya berkenan, sebenarnya saya segan nak bercakap (dengan tuanku) kerana saya tak tahu gelaran yang sesuai untuk tuanku.
Tapi saya sempat mengucapkan selamat Hari Raya kepada tuanku. Seronok sebab saya tahu tuanku orang besar dan tiba-tiba saya dapat berdiri sebelah dan tak sangka tuanku ramah orangnya.
Aliah antara 106 anak-anak kurang bernasib baik dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah yang diraikan oleh Yayasan CIMB untuk membeli kelengkapan raya di sebuah pasar raya hari ini.
Sumber: Bernama