February 26th, 2020

Kunjungan Datuk Seri Aliff Syukri yang menziarah balu arwah Abam, Noor Hidayah telah mencetuskan kontroversi apabila usahawan kosmetik itu bertanyakan soalan sensitif berkaitan harta peninggalan arwah. Apa yang dilakukannya itu dikatakan tidak beradab dan telah menjadi punca kemelut antara Ali Puteh dan kakak iparnya itu.

ali puteh aliff syukri

Bagaimanapun, menerusi satu sidang media Aliff telah tampil memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan dia sedikit pun tidak mempunyai niat untuk melaga-lagakan mana-mana pihak atau ingin mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas apa yang berlaku.

Advertisement

Menurut Aliff, Ali tidak sepatutnnya menuduh dia sebagai punca keluarga itu pecah belah sedangkan konflik antara mereka sudah lama berlaku.

ali puteh

Saya memohon maaf sebab tidak ingin perkara ini diperbesarkan, saya hanya insan yang kerdil, tersepit dan tidak tahu apa sebenarnya isu ini.

Tak patut Ali kata saya perlu bertaubat dan tuduh saya punca korang bergaduh padahal korang sudah ada konflik dah lama.

ali puteh aliff syukri

Advertisement

Istilah saya mengambil kesempatan, mengaut keuntungan sebenarnya tidak betul, perkara ini ibarat penghinaan buat saya.

Terdahulu, Aliff berkata dia bersedia untuk bertemu dengan pelawak Ali Puteh dan ibunya untuk menjernihkan keadaan. Bagaimanapun, dia tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

14 responses to “Ali Tak Patut Tuduh Saya Punca, Padahal Korang Ada Konflik Dah Lama – Aliff Syukri”

  1. mommy rose says:

    Tak kira lah dorang ada konflik ke tak, kite orang luar jangan sesekali masuk campur hal mereka. Biar mereka uruskan hal mereka sendiri. Nak bagi sumbangan tu bagi jek, tak perlu nak korek rahsia @ aib orang. Contohi arwah abam & arwah asraf sinclair, depa dua-dua menderma bersedekah tapi orang tak tahu. Apa-apa berbalik semula pada landasan agama islam yang betol.

  2. wawa says:

    menyampah dgn org xsedar diri mcm ni..masih nk tegakkn semua die je yg betol..dah die sebut pulak pasal konflik dlmn keluarga yg dah lame..melampau la die tu..org xbgi buat live pun dia sibuk xdgr ke ape ustaz2 kata pasal die yg mmg seolah dah pecah belahkn keluarga org..stressssss lahhh dgn die ni….jijik la perangai cmni..Allah tlg la hindari kami dri fitnah dunia dan dajjal zaman skg ni..nauzubillah

  3. Anonymous says:

    Adab, mana adab? x kan x tau adab berkunjung rumah orang. Lagi2 rumah yg ada kematian. Soklan apa patut tanya, ngan yg patut x perlu tanya. Jaga sket sensitiviti tuan rumah atau yg berkait dengan dia. Bukan tanya soklan cepumas mengundang pergaduhan camtu.. Adoyaiii.. Dah tua pun nak kena ajar ke..

  4. Anonymous says:

    kalau i pun akan cakap macam Ali Puteh sebab alip sukri dengar sebelah pihak terus viralkan…. kesimpulannya alip sukri sibuk jaga tepi kain orang….berubah lah untuk kebaikan keluarga alip sukri….sebelum Allah bagi hidayah…bumi Allah ni bulat…

  5. Kanjengmas says:

    Kalau hidup tak pernah susah gini lah jadinya cerita aib orang jadi bahan lawak utk dia…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...