Ali Tak Patut Tuduh Saya Punca, Padahal Korang Ada Konflik Dah Lama – Aliff Syukri

Hiburan

Ali Tak Patut Tuduh Saya Punca, Padahal Korang Ada Konflik Dah Lama – Aliff Syukri

Kunjungan Datuk Seri Aliff Syukri yang menziarah balu arwah Abam, Noor Hidayah telah mencetuskan kontroversi apabila usahawan kosmetik itu bertanyakan soalan sensitif berkaitan harta peninggalan arwah. Apa yang dilakukannya itu dikatakan tidak beradab dan telah menjadi punca kemelut antara Ali Puteh dan kakak iparnya itu.

ali puteh aliff syukri

Advertisement

Bagaimanapun, menerusi satu sidang media Aliff telah tampil memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan dia sedikit pun tidak mempunyai niat untuk melaga-lagakan mana-mana pihak atau ingin mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas apa yang berlaku.

Menurut Aliff, Ali tidak sepatutnnya menuduh dia sebagai punca keluarga itu pecah belah sedangkan konflik antara mereka sudah lama berlaku.

ali puteh

Saya memohon maaf sebab tidak ingin perkara ini diperbesarkan, saya hanya insan yang kerdil, tersepit dan tidak tahu apa sebenarnya isu ini.

Tak patut Ali kata saya perlu bertaubat dan tuduh saya punca korang bergaduh padahal korang sudah ada konflik dah lama.

ali puteh aliff syukri

Istilah saya mengambil kesempatan, mengaut keuntungan sebenarnya tidak betul, perkara ini ibarat penghinaan buat saya.

Terdahulu, Aliff berkata dia bersedia untuk bertemu dengan pelawak Ali Puteh dan ibunya untuk menjernihkan keadaan. Bagaimanapun, dia tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...