February 25th, 2020

Kontroversi tindakan Datuk Seri Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah dan dikatakan bertanyakan soalan sensitif berkaitan harta peninggalan arwah secara tidak langsung telah mencetuskan kemelut antara Hidayah dan keluarga Abam.

ali puteh aliff syukri

Semalam, Aliff menerusi satu sidang media telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya itu dan menyatakan dia bersedia untuk bertemu dengan pelawak Ali Puteh dan ibunya untuk menjernihkan keadaan.

Enggan terus memanjangkan lagi kontroversi dakwaan dia ingin membolot harta arwah abangnya, Ali menerima permohonan maaf usahawan kosmetik itu. Bagaimanapun, dia masih tetap dengan pendirian tidak membenarkan Aliff meneruskan niatnya membuat siaran langsung ketika pertemuan mereka.

ali puteh aliff syukri

Masa di sidang media Jumaat lalu, sudah saya katakan yang saya maafkan dia. Antara saya dengan dia tiada urusan lagi, cuma minta dia datang berjumpa dengan ibu dan keluarga.

Seperti yang saya katakan, dia perlu bertemu dan memohon maaf kepada ibu saya tanpa ada kamera. Saya tidak akan membenarkan sekiranya dia ingin merakam atau membuat live. Sebab ini soal maruah keluarga, minta hormat hal keluarga bukan untuk tatapan umum. Cukuplah kami sekeluarga dihina dan dicaci.

aliff syukrli live ali puteh

Terdahulu, Aliff mendakwa dia tidak berniat melaga-lagakan mana-mana pihak dan sedia berjumpa ibu Ali seperti diminta. Bagaimanapun, Aliff tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka nanti.

Sumber Berita : mStar Online

6 responses to “Ali Puteh Tidak Izin Aliff Syukri Buat ‘Live’ Jumpa Ibu”

  1. Sudah says:

    Tak yah lah kamera.. dah cakap hari tu kan.. kalau ikhlas nak minta maaf pegi je lah.. aliff ego tinggi sangat.. aku tak paham netizen2 yg sokong c belut ni…. dah memang c belut punya salah…apasal dtg rumah org tanya pasal wasiat harta semua…baru seminggu meningal sabarlah duluuuuu… belut kena tunduk maaf… jgn acah2 nak sokong c dayah tu.. konon2 nasib perlu d bela.. asudahhhlahhh sebok

  2. Anonymous says:

    Kesian lihat netizen Malaysia buat fitnah memanjang. Akal masik cetek dn gagal berfikir waras. Inilah yg melambangkan taraf org muda Malaysia menghuru-harakan kesejahteraan negara tanpa bertanggungjawab akan tindakan sendiri dan membiarkan sampah di tempat orang.
    Adik2, anda masih muda. Jgn mencepat menempah tiket ke neraka. Abg2 kakak2, anda sudah tua, jnganlah simpan tiket tu lama sangat

  3. Anonymous says:

    tak payah la dato alif jumpa mak ali puteh nak minta maaf..kat pc pun dato alif dah minta maaf kat ali dan keluarga dia..kira dah settle la tu..

  4. Puteri Sheera says:

    Ehhh tinggi sgt ke maruah klrga kau tu….hak balu dan anaknya dah bagi ke belum?

  5. Anonymous says:

    Setahu aku, family dorg dihina dicaci sbb Ali yg dah membinatangkan kakak ipar sendiri. Aku tak tgk pun live Alif Syukri ni sebab mmg meluat dkt dia. Ali ni mmg terbaik dalam bermain menjadi mangsa. Tabik.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini