February 22nd, 2020

Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan soal harta telah menimbulkan kemarahan netizen. Malah, ramai yang bimbang nasib wanita itu dan anak kecilnya tidak terbela apabila Hidayah ada mendedahkan dia menghadapi kekangan berkaitan harta peninggalan arwah suaminya, termasuklah isu kereta diuruskan pihak keluarga Abam dan dia dibiarkan sehelai sepinggang.

sharnaaz ahmad ali puteh

Melihat apa yang berlaku, pelakon Sharnaaz Ahmad  terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu hangat melibatkan Ali, kakak iparnya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Advertisement

Jangan menilai, takut jadi fitnah

View this post on Instagram

Jangan menilai takut jatuh fitnah sahabat

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Advertisement

Sharnaaz berharap netizen tidak terus membuat kesimpulan jika tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kontroversi yang berlaku, seeloknya berdiam diri sahaja agar tidak menyebarkan fitnah yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Pelakon itu akui tindakan Ali memuat naik status penghinaan terhadap balu arwah Abam itu salah, tetapi Sharnaaz percaya Ali telah pun menyesal.

ali puteh kakak ipar

Tambah Sharnaaz, apa yang berlaku pasti ada sebabnya tetapi orang ramai yang tidak tahu apa-apa tidak sepatutnya membuat andaian sendiri tanpa sebarang bukti.

Kami harap kemelut antara Ali dan Hidayah dapat diselesaikan secara baik dan biarlah pihak yang lebih arif seperti peguam atau jabatan agama Islam membantu menyelesaikan apa sahaja isu yang mereka hadapi.

Advertisement

9 responses to “Ali Puteh Teruk Dikecam Netizen, Ini Komen Padu Sharnaaz Ahmad”

  1. Anonymous says:

    Hati dalam kes mcm nie… Sy mangsa keadaan dlm kes mcm ni. Ibu sy isteri ke dua berkahwin selapas kematian isteri pertama ayah.. Ayah ada ank 5 orang. Kemudian lahir lah sy perempuan. Bila kematian ayah, kmi xsangka nasib jadi mcm ni. Lepas kebumian ayh kakak dan abg sy mencari hak mereka. Abang terlalu excited untuk pikul amanah waris kepada ayah. Saya yg masih sekolah xboleh guna duit ayah dan mak x dibenarkan simpan dompet ayah. X salah pun jln kn tanggung jawap tp nasib sy dan ibu mcm mna. Ayh kalau masih hidup dia xkn bgi duit belanja kt ank dia masih sekolah dan isterinya kah. Sy pun xfaham salah nya dimna. At the end ibu sy terasa hati kmi berpindah dri rumah ayah. Abg sy yg dduk rumah tu, skarang momeny kekeluargaan langsung xada sebb salah faham yg terjadi. Raya pun kmi xberkumpul. Abg dan kakak sy makin meningkat usia. Dan ada yg rindu dgn masakan ibu sy. Tp hati ny susah untuk melupakan. Ibu maafkan tapi tidak lupakan apa yg terjadi. Ambil la kisah sy sebagai pengajaran untuk semua.. Salam

  2. Anonymous says:

    seriusss laaa???

  3. Anonymous says:

    Kalau org tuduh diri Kita ‘curi harta’, kau nak panggil ‘sayang’ ke kat penuduh tu? Dia emosi bila kena fitnah. Standard la tu. Yg PENTING dia dh minta maaf satu Malaysia. Tp org Malaysia bangang. Tak dengar habis.
    Semua x lari dari silap. Hanya keinsafan yg menjadi tanda pemaafan. Saya pon mohon maaf akan bahasa yg kasar.

  4. Anonymous says:

    Tak kaya mende nye..arwah bg 5k kot sebulan pd dayah..akauntan lg..nk kje balik xd mslh..hish..

  5. Anonymous says:

    Tak ada lah padu mana. Dan orang marah sbb kes dia gelar kakak ipar hati binatang tu. Itu bukan fitnah. Mmg dia sendiri upload dlm iG. Nasib kau lah. Mcm bakal ex-fie kau Sharnaaz. Nasib dia kaya. Kau naya tak bagi nafkah pun, dia masih boleh survive tapi si balu arwah Abam tu dah lah tak kerja. Kalau tak ada yang tolong fight untuk dia, nangis dalam kelambu je la.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...