February 21st, 2020

Dikecam teruk susulan status penghinaan terhadap kakak iparnya, Noor Hidayah serta isu perebutan harta, pelawak Ali Puteh meminta agar orang ramai tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja.

ali puteh

Menurut Ali, tiada langsung niat untuk menganiaya balu serta waris arwah abangnya seperti yang didakwa. Ali berkata sebelum ini dia sudah pun berbincang dengan Hidayah bahawa dia akan menguruskan segala hal penting terutama sekali berkaitan hutang arwah.

Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.

Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ. Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan.

Ali menjelaskan dia mengambil dompet arwah Abam bertujuan untuk mendapatkan maklumat kad ahli Seniman, bagaimanapun dia terkejut apabila kakak iparnya menyerahkannya tanpa sebarang wang tunai dan kad bank kepunyaan arwah.

Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian.

ali puteh kakak ipar

Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.

Terdahulu, Ali turut menafikan dakwaan Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan ia adalah kehendaknya sendiri. Meninggalkan rumah tersebut pada hari keenam arwah meninggal dunia.

Sumber Berita : Harian Metro & Official Ria X


52 responses to “Ali Puteh Pelik Kakak Ipar Serah Dompet Arwah Tanpa Wang Dan Kad Bank”

  1. manuasiabiasa says:

    yup..betul tu, dia isteri arwah kot, dia ada hak ambik duit tu utk kelangsungan hidup dia dan anak, kalau nak tunggu Faraid, kena berlapar ke kakak ipar hang tu Ali ooooiiii?

  2. team dayah says:

    “Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.”
    Ali ni kena bnyak belajar dari geng2 PU, Ustaz2 dia sb klu setakat singgit dua xkan tak boleh….ingat dayah nak duit tu beli susu atau pampers ke….ada terbaca ali kata kalau mampu byr vellfire rm2500 sebulan…ambik la….dari situ dah tau hati dia mcm mana…sejak hal2 faraid ni….kopiah tak tinggal….

  3. Anonymous says:

    Semua online dah sekarang.. tak perlu dah kad2 bank bagai… cari ilmu dan jumpa yang lebih arif… utamakan kasih sayang pada anak buah dulu… ?

  4. Anonymous says:

    Semua online dah sekarang.. tak perlu dah kad2 bank bagai… cari ilmu dan jumpa yang lebih arif… utamakan kasih sayang pada anak buah dulu… ?

  5. Nawi Sidek says:

    Faraid , menurut istilah di dalam syarak pembagian harta pusaka selepas kematian sesorang Islam yg telah ditetapkan dibawah Hukum syarak keatas waris -waris yang sah dan layak .
    Kemelut dlm keluarga Allahyarham berhubung dengan harta sepencarian sebaik penyelesaian rujuk kepada Pejabat Majlis Agama Isalm atau Ustaz yang bertauliah mereka yg arif dlm urus tadbir hukum faraid pembagian harta peninggalan allahyarham kalau boleh jgn lah dibicara dlm media sosial kurang manis.

Loading...