February 21st, 2020

Dikecam teruk susulan status penghinaan terhadap kakak iparnya, Noor Hidayah serta isu perebutan harta, pelawak Ali Puteh meminta agar orang ramai tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja.

ali puteh

Menurut Ali, tiada langsung niat untuk menganiaya balu serta waris arwah abangnya seperti yang didakwa. Ali berkata sebelum ini dia sudah pun berbincang dengan Hidayah bahawa dia akan menguruskan segala hal penting terutama sekali berkaitan hutang arwah.

Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.

View this post on Instagram

Ini penjelasan @aliputeh89, tentang hal pembahagian harta… #RiaX #RiaXpose #aliputeh #aliffsyukriterlajaklaris

A post shared by Ria X (@officialriax) on

Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ. Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan.

Ali menjelaskan dia mengambil dompet arwah Abam bertujuan untuk mendapatkan maklumat kad ahli Seniman, bagaimanapun dia terkejut apabila kakak iparnya menyerahkannya tanpa sebarang wang tunai dan kad bank kepunyaan arwah.

Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian.

ali puteh kakak ipar

Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.

Terdahulu, Ali turut menafikan dakwaan Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan ia adalah kehendaknya sendiri. Meninggalkan rumah tersebut pada hari keenam arwah meninggal dunia.

Sumber Berita : Harian Metro & Official Ria X


52 responses to “Ali Puteh Pelik Kakak Ipar Serah Dompet Arwah Tanpa Wang Dan Kad Bank”

  1. Anonymous says:

    aik kata nk kad ahli seniman je tp knapa minta wallet arwah?pastu nk bising psl tkde duit lgsg n kad bank suma lesap.nk ceita buruk org je buruk sendiri tk nampak.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...