Lebih seminggu Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia, sejak beberapa hari lalu timbul pula kontroversi pertelingkahan antara adiknya, Ali Puteh serta balu arwah iaitu Noor Hidayah.
Semuanya dikatakan berpunca dari dakwaan Hidayah yang mengatakan dia dibiarkan keluar dari rumah arwah suaminya sehelai sepinggang sehingga Ali menggelarkan kakak iparnya itu sebagai “binatang.”
Susulan kontroversi itu, Ali menerusi sidang media tergemparnya pada petang tadi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris serta marah dengan apa yang telah dilakukannya.
Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini. Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya.
Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah. Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka.
Advertisement
Ali akan bertemu empat mata dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut antara mereka.
Di akhir sidang media tersebut, Ali memberitahu dia sedia berundur diri dari dunia seni sekiranya tidak diperlukan lagi.
Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi. Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.
Terdahulu, Ali menerusi satu kenyataan berkata dia tiada langsung niat untuk menganiaya balu serta waris arwah abangnya seperti yang didakwa. Menurutnya, sebelum ini dia sudah pun berbincang dengan Hidayah bahawa dia akan menguruskan segala hal penting terutama sekali berkaitan hutang arwah.

Anonymous
February 23, 2020 at 4:33 pm
Semoga dapat hidayah dri perbuatan amin
Anonymous
February 22, 2020 at 9:59 pm
Dik, ko pergi habis ngaji dulu dik baru komen sini. Kena ambik tahu tatacara susunan pembahagian harta secara faraid tu mcm mana, siapa.
Balu-buat masa skrg lebih elok duduk di rumah. Anak pun kecil lagi. Utk elak fitnah. Kecuali kalau dia ade tuntutan bekerja. Harta yg perlu difaraidkan pun boleh je serah pada waris arwah. Tiap yg berhak mewarisi akan ada bhg msg2. Tak perlu gelabah.
Kena fahamkan- waris di pihak ibu akan lebih kepada penjagaan anak. Manakala waris di pihak bapa akan lebih kpd pemberian nafkah. Perlu adil&saksama. Kena sepakat, redha. InsyaAllah semua akan berjalan mudah. Arwah pun tenang.
Yang benar,
Makmumsejatiyangrinduarwahsuami
Hassannah Harun Sani
February 22, 2020 at 8:34 pm
semoga Allah permudahkan urusan Arwah Abam boceh sekeluarga semoga semua kembali pulih seperti sedia kala in syaa Allah…aamiinn
Anonymous
February 22, 2020 at 1:35 pm
apsal? bini dia x boleh faraid sendiri ke? mesti ada alasan binindia terasa hati.. tambah2 bila ada zuriat..
Anonymous
February 22, 2020 at 11:06 am
yang sudah tu sudah la buang yang keruh ambk yang jernih…banyak istifar dan bersabar…kita ni manusia biasa tak lari dari kesilapan…muhasabah diri masing masing…..