February 21st, 2020

Lebih seminggu Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia, sejak beberapa hari lalu timbul pula kontroversi pertelingkahan antara adiknya, Ali Puteh serta balu arwah iaitu Noor Hidayah.

ali puteh pelik kakak ipar

Semuanya dikatakan berpunca dari dakwaan Hidayah yang mengatakan dia dibiarkan keluar dari rumah arwah suaminya sehelai sepinggang sehingga Ali menggelarkan kakak iparnya itu sebagai “binatang.”

Susulan kontroversi itu, Ali menerusi sidang media tergemparnya pada petang tadi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris serta marah dengan apa yang telah dilakukannya.

ali puteh aliff syukri

Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini. Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya.

Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah. Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka.

ali puteh mohon maaf kakak ipar

Ali akan bertemu empat mata dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut antara mereka.

Di akhir sidang media tersebut, Ali memberitahu dia sedia berundur diri dari dunia seni sekiranya tidak diperlukan lagi.

ali puteh mohon maaf

Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi. Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.

Terdahulu, Ali menerusi satu kenyataan berkata dia tiada langsung niat untuk menganiaya balu serta waris arwah abangnya seperti yang didakwa. Menurutnya, sebelum ini dia sudah pun berbincang dengan Hidayah bahawa dia akan menguruskan segala hal penting terutama sekali berkaitan hutang arwah.

Sumber Berita : Astro Gempak


43 responses to “Ali Puteh Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Rela Undur Diri Dari Dunia Seni”

  1. Aquarius says:

    Over n drama. Dia ckp mcm tu sbb nk org kesiankan dia sbb dia dh buat silap memang la dia ckp mcm tu nk dapatkan balik kepercayaan org.. apa ko dh ckp org akan ingat sampai bila. Ko ambil semua pada dayah tu dah nampak yg ko nk harta abg kau, tapi kau lupa anak saudara kau yg masih kecil. Kau rasa abg kau dah xde kak ipar kau n anak saudara kau xde kena mengene dengan kau lagi? Kau silap ali. Jagn buay drama: aku lsung x suka kau lagi bila sekali kau buat bertindak begitu..

  2. Anonymous says:

    Komen kau pun macam binatang jugak, orang dh mintak maaf, maafkan lh. Nak lebih2 kau bukan nyer ada kt situ, keyboard warrior betullah kau nie.

  3. Mohd Rashid Ithnin says:

    Yg dah Lepas biarlah ia berlalu. Yg penting Ali awak dah sedar atas kekilafan kata2 awak yg mencemuh Balu Arwah. Awak mesti ingat Dan faham. Wanita Ni kalau kehilangan suami, sifat emosi mereka meningkat dan apa yg berlaku didepan dia semua Tu membuat diri dia lagi tertekan. Ali awak mesti faham keadaan Balu ketika waktu itu. Cuba anak isteri awak diperlakukan begitu. Adakah awak suka isteri Dan anak awak nasib merekaTak terbela. Tidak bukan. So fikirlah secara rational. Selesaikan lah dgn Cara baik. Insyaallah semuanya Akan dipermudahkan Allah… Amin…

  4. Sahabat mu sesama islam says:

    Ali putih jgn krna perkara begini ko mesti tutup periuk sendiri .. .Kesalahan d mohon salah sangka dhh d betul kan. … Jgn takut pda owg2 skeliling. Allah maha kaya n peminit semuaaa nyaaa bijak utk mnilai sesuatu benda. Y mulut bwg n lonkong tuuu biar kan berapa lama nk bunyi. Owg mati pun ada isu pa tah lgi y hidup. . .
    Trus kan kerjaya smuga Ali putih d beri hidayah y sukses. Aamiin.

  5. Anonymous says:

    Drama gila dia ni. Netizen marah kes hati binatang tu. Tiba2 ckp nak undur diri bagai. Aku memang tak caya dekat org yg play victim ni. Dia tu lelaki, bergaduh dengan perempuan yang dah takda suami nak lindung. Binatang pun mulia lagi.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...