Ali Puteh Gembira Perbicaraan Kes Saman Tamat Tak Lama Lagi

Hiburan

Ali Puteh Gembira Perbicaraan Kes Saman Tamat Tak Lama Lagi

Pelawak Ali Puteh mengungkap rasa gembira apabila perbicaraan kes samannya akan tamat tidak lama lagi setelah semua pihak tampil memberi keterangan masing-masing.

Ali Puteh, 32, berkata di sebuah hantaran Instagramnya, selepas lebih setahun bersabar dengan ujian yang dihadapi oleh dirinya ini, kini hanya tinggal menunggu keputusannya saja.

Advertisement
ali putehSumber : Instagram Ali Puteh 

Katanya di hantaran tersebut,

Moga ada sinar buat keluarga kami. Terima kasih semua mendoakan. Cuma berpesan jangan kita menyebar fitnah lagi kerana fitnah itu dosanya sangat besar.

Berbohong juga dosanya sangat besar. Syukur padamu Ya Allah. Tersenyum gembira hari ini. Allah dengar doa mak buatmu arwah Abam. Tenang di sana abang.

Sedia maklum, kemelut diantara Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa perkara ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Kes ini sudah didengari di hadapan Hakim menerusi prosedur yang telah berlangsung di atas talian pada 16 dan 17 Februari yang lalu, perbicaraan terpaksa ditunda dari September bawa ke Februari atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...