Menerima baik segala keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berkenaan pembahagian harta peninggalan Allahyarham abangnya, Abam Bocey mengikut hukum syarak, pelawak Ali Puteh akui lega dengan kata putus tersebut.
Bagaimanapun, ibunya iaitu Sabariah Arshad gagal menghadiri prosiding hari ini disebabkan keadaannya yang berkerusi roda.
“Alhamdulillah… saya pun baru baca laporan media berhubung perkara itu. Saya tak hadir sebab bawa isteri pergi pemeriksaan doktor. Dia kan nak bersalin dan lagipun prosiding itu tiada kaitan dengan saya.”
Sementara itu, beliau juga tidak menafikan bahawa keputusan tersebut adalah yang terbaik bagi membahagi harta peninggalan pelawak tersebut.
“Bagi saya, itu yang paling terbaik bila dah jadi begini. Baguslah, benda itu (harta peninggalan Abam) memang perlu difaraidkan,”
Meskipun begitu, Ali tetap menegaskan sekali lagi dia dan keluarga tidak pernah menghalang proses faraid.
“Memang saya tahu, orang cakap saya macam itu yang saya dan keluarga saya cuba menghalang proses tersebut. Orang anggap saya yang salah. Sedangkan masa sidang media yang saya pernah adakan beberapa kali sebelum ini pun dah cakap memang kena faraid ikut hukum Islam.”
Terdahulu, balu kepada Abam Bocey iaitu Norhidayah akui berpuas hati dengan keputusan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu. Ujar wanita tersebut, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.
Sumber: Gempak
Abg Black
September 14, 2020 at 12:29 pm
Butolah ALI.
sembang deras dkt socmed. sekali dkt mahkamah tak turun.
kau nak duit kan?
risau mak kau tu tak terjaga?
Anonymous
September 11, 2020 at 8:36 am
Lainkali Ali belajar untuk bersabar dan redha. Arwah Abam baru meninggal kau ambil semua harta benda milik arwah termasuk phone dan dompet. Dari situ dah nampak kau macam mana. Pastu arwah dah pergi hampir 9 bulan, dan kau sibuk faraid faraid last2, tindakan itu bukan dari kau tapi Dayah yang failkan untuk faraid harta…