Hari ini, balu Abam Bocey, Hidayah Ali memuat naik video menunjukkan bahawa dia dan peguamnya telah berkunjung ke rumah arwah suaminya itu namun pintu rumah tidak dibuka.
Selepas satu jam menunggu, Hidayah kecewa kerana tiada seorang pun ahli keluarga Abam yang keluar pintu menyambut kedatangan mereka.
Tidak lama selepas Hidayah memuat naik hantaran tersebut di Instagram, Ali Puteh pula membuat video balas menjelaskan cerita daripada pihaknya.
Kata Ali, sejak ibunya meninggal dunia dia tak lagi duduk di situ namun hari ini dia mendapat tahu bahawa keluarga Hidayah ada datang ke rumahnya pagi tadi.
Malah, pelawak itu turut mendakwa menjumpai taburan garam, kulit limau, daun-daun dan bangkai haiwan di keliling rumah tersebut.
Mengucap panjang, Ali bertanya apa motif Hidayah dan mendakwa balu abangnya itu melakukan perbuatan sihir. Tambah Ali, dia tidak takut dengan barang yang ditabur meskipun dia harus mati.
Apa awak cuba buat dengan ilmu khurafat ni? Allah ya Tuhan. Sedih saya. Selama tiga tahun saya pendam saya tutup mulut hari ini Allah SWT tunjuk saya jalan. Agama tak pernah ajar. Saya tak nak buka aib. Bapa awak, lawyer awak datang dua kereta pagi tadi.”
Jumpa ‘barang’ dalam bilik lepas arwah meninggal
Bukan itu sahaja, Ali turut mendakwa ada menjumpai barang yang ‘pelik’ ketika mengemas bilik Hidayah dan Abam selepas abangnya meninggal dunia.
Sebelum ni ada je bukti saya taknak cerita. Lepas arwah meninggal bilik dia kita kemas lagi pelik barang kita jumpa dalam bilik awak. Tapi kita tutup mulut. Cukuplah abang saya menderita benda ni.”
Dakwa Ali lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri kerana tak mahu membuka aib tetapi hari ini dia perlu mendedahkan semuanya kepada umum.
Difahamkan, Ali telah pun memadam video dakwaannya terhadap Hidayah dan keluarganya itu daripada akaun Instagram.