Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Hiburan

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Mendedahkan dirinya telah mengemukakan saman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pelawak Ali Puteh tampil menyatakan saman tersebut dikeluarkan olehnya selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Advertisement

Menurutnya, sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. Ujar Ali, beliau bertindak mengemukakan saman tersebut berikutan tindakan balas selepas Hidayah khabarnya telah mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah. Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat.”

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Malah Hidayah juga dikhabarkan mengakui telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggungjawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.”

Bagaimanapun, menerusi sebutan kes semalam juga, defendan kedua telah memohon agar Mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

18 Comments

  1. KKC

    August 27, 2020 at 4:41 pm

    Kalau aku letak agama nombor satu dulu…lepas tu baru fikir kesian. Kalau nak cakap pasal kesian, kita tengok orang mabuk kelaparan pun kita kata kesian lalu disuap makanan, kalau kita tengok orang mencuri roti di pasar pun kita kata kesian…tapi hakikatnya agama menegah perkara yang salah. Letak syariat agama nombor satu dulu sebab dalam agama ada SOP dia mana yang perlu diselesaikan dulu mengikut langkah hukum pertama dan seterusnya. Semua perkara ada HUKUM bukan main sebat je. Tapi kena ingat bila kita mati perkara yang wajib adalah HUTANG perlu diselesaikan. Sebab tu anda semua tahu, pasti ada waris akan meninggalkan pesan kepada para hadirin jauh atau dekat dan sahabat handai arwah dengan mengatakan ‘SEKIRANYA ARWAH ADA BERHUTANG BOLEHLAH TUNTUT DARI SAYA’

    Nak tahu macam mana besarnya mati dalam keadaan hutang:

    1. “Beratnya tak bayar hutang sehingga Nabi enggan solat jenazah si mati”

    2. Dalam satu hadis nabi SAW bersabda;
    “Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang.”

    3. Dalam hadis yang lain nabi SAW bersabda;
    “Demi jiwaku dalam kekuasaan Allah, sekiranya seorang lelaki terbunuh pada jalan Allah (mati syahid), dan sekiranya Allah menghidupkan dia semula, kemudian dia terbunuh pada jalan Allah lagi dan sekiranya Allah menghidupkan dia semula kemudian dia terbunuh pada jalan Allah sekali lagi, tetapi dia meninggalkan hutang maka dia tidak akan masuk syurga sehinggalah hutangnya diselesaikan.”

    4. Baginda nabi Muhammad SAW dalam satu hadis yang panjang mafhumnya, apabila diminta solatkan jenazah baginda SAW bertanya kepada sahabat:
    Jenazah ada hutang tak? Sahabat menjawab: Tidak ada ya Rasulullah, maka nabi SAW solatkan jenazah tersebut.

  2. Annon

    August 27, 2020 at 3:17 pm

    Tak la kata mana betul mana salah. Tp klu fikir balik, aku rasa x salah klu mula2 isteri arwah bgtahu yg sbnrnya bnda2 tu smua dia simpan. Mungkin adik arwah nk tolong settlekan hutang2 mcm yg dia ckp tu, sbb arwah kan dh sign job blakon mcm2. Mungkin ada kena penalty ke kena pulang deposit ke.. Semuanya hanya isteri & adik arwah je yg tahu. And of course Allah ke yg tahu niat sebenar dorg.

    • Annon

      August 27, 2020 at 3:20 pm

      And of course Allah *je yg tahu niat sebenar dorg

  3. Anonymous

    August 27, 2020 at 2:33 pm

    Dah duit suami die..lantak die lah nak buat apa..agak ali puteh ni tak makn nasi ke kalau hidayah ambil duit tu?masuk pulak akaun anak die..ape lah masalahnya..itu lah kalau rumah tangga kta ada campur tgn keluarga..pelik…

    • Di er meng

      August 27, 2020 at 4:22 pm

      Kesian arwah abam..kalau sebenarnya duit RM10k tu sebahagian besarnya hutang yg nk kena langsai, wpun bini guna utk nafkah anak, x ke tergantung amalnya nanti..mcm experience ku sendiri..bila income masuk 10k one off, tapi hutang yg nk dibayar dah list dekat 12k..tu semua immediate nk kena byr..alih2 duit ku sebenarnya -ve..camne tu? Hal keluarga bawak la berbincang..bila isteri abam bawak lari harta benda mcm tu keluar rumah, nmpk sgt sebenarnya hubungan dia dgn family abam x berapa baik..siap ingat depa nk rebut harta..tapi nilah sikap org perempuan, wpun aku sendiri perempuan..risau hidup susah, risau duit xde, risau nk makan mcm mana..lupa yg Allah tu ada. so bila laki mati, terus pikir what shud i do now? Save the money 1st! Sampai lupa hutang yg x berbayar, portion utk mak ayah abam lg. Timing semua ni jadi pun sesuatu sgt. Terlalu cepat. Tahlil pun x dan setel lagi dah keluar rumah. Ape pun, hanya Allah tau niat msg2. Moga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.

  4. Anonymous

    August 27, 2020 at 2:21 pm

    Ya Allah, tu pun nak berkira ke? Rumah dah dapat sebab kata tu harta pembelian sebelum Abam kahwin,ok lah.. Phone Abam pun hang pegang, ok lah.. atleast apalah sangat rm10k dgn jam tgn tu.. Hang tu lelaki taw Ali. Biarlah balu Abam ambik sedikit demi dia & anaknya. Harta dunia je Ali. Maruah? Kalau hang turunkan ego & minta maaf pun, maruah yg hang kata tercalar tu sure akan kembali. Semua orang akan puji kamu & keluarga hang. Dunia…dunia…. Kejarlah harta dunia…..

  5. akak lawyer 18 tahun dah

    August 27, 2020 at 1:20 pm

    kau takde hak Ali oiii…apa lorat nau kau ni??? IKUT SYARAK KAU TU TAKDE HAK..kau dah kenapa bebal sangat??

Loading...