August 27th, 2020

Mendedahkan dirinya telah mengemukakan saman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pelawak Ali Puteh tampil menyatakan saman tersebut dikeluarkan olehnya selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Menurutnya, sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. Ujar Ali, beliau bertindak mengemukakan saman tersebut berikutan tindakan balas selepas Hidayah khabarnya telah mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah. Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat.”

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

Malah Hidayah juga dikhabarkan mengakui telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggungjawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.”

Bagaimanapun, menerusi sebutan kes semalam juga, defendan kedua telah memohon agar Mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos.

Sumber: Gempak


18 responses to “Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan Dan RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami”

  1. Anonymous says:

    betul 2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...