“Ali Pernah Buat Silap Dan Sudah Pun Terima Balasan..” – Peguam Anggap Tindakan Ali Puteh Jual Harta Patut Dapat Pujian

Hiburan

“Ali Pernah Buat Silap Dan Sudah Pun Terima Balasan..” – Peguam Anggap Tindakan Ali Puteh Jual Harta Patut Dapat Pujian

Seperti yang sedang hangat menjadi bualan rakyat Malaysia sekarang, pelawak Ali Puteh telah pun berjaya mengumpul wang sebanyak RM75K bagi membayar hutangnya kepada bekas kakak iparnya. Kejadian tersebut telah meraih perhatian ramai orang termasuklah seorang peguam.

Tindakan wajar dipuji

Menurut peguam yang bernama Nur Shuhadah di sebuah video yang dimuat naik di TikTok, tindakan pelawak itu menjual harta miliknya sebagai cara mengumpul duit patut mendapat pujian. Hal ini kerana, perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi demi melangsaikan hutang.

Advertisement

Ali Puteh pernah buat silap apabila dia memfitnah kakak ipar dia dan dia sudah pun menerima balasan atas perbuatan dia.

 

Ali juga memaklumkan bahawa anak dia diejek di sekolah bahkan sewaktu berniaga di siaran lansung juga ada yang mengatakan dirinya makan harta anak yatim.

 

Bagi saya ini sesuatu yang kita patut puji kerana keputusan untuk menjual harta benda yang banyak kenangan merupakan satu keputusan yang berat.

@shada_mazan  #peguam #aliputeh #ali #abam #abambocey #peguamjohorbahru #info #fyp #hartapusaka #samanfitnah #saman ♬ original sound – Lawyer Nur Shuhadah

Akan ada sesuatu yang baik

Tambahnya lagi, dia percaya tindakan Ali itu boleh menjadi punca sesuatu perubahan bakal berlaku pada keluarganya. Shuhadah beranggapan bahawa ia boleh menjadi sesuatu yang baik sebagai balasan atas pengorbanan Ali.

Mungkin selepas ini hidup Ali akan berubah dan hanya Allah yang Maha mengetahui dan mungkin juga Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik buat Ali dan sekeluarga di masa akan datang.

 

Manusia tak pernah lari dari kesilapan tetapi dalam hal ini Ali sedar dan insaf serta berazam untuk berubah, jadi tahniah kepada Ali.

ali

Terdahulu, Ali Puteh telah tampil mendedahkan bahawa dirinya sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Hidayah bagi melangsaikan hutangnya dan menamatkan sengketa antara mereka berdua.

ali
9 months ago

"Orang Kata Saya Play Victim, Tapi Saya.." - Ali Puteh Sudah Cukup Duit, Sedia Jumpa Bekas Kakak Ipar Langsaikan Hutang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...