“Alhamdullilah, Cantiknya Sis..” Zara Zya Ambil Keputusan Berhijrah, Kini Berhijab

Hiburan

“Alhamdullilah, Cantiknya Sis..”  Zara Zya Ambil Keputusan Berhijrah, Kini Berhijab

Sejak beberapa hari ini, meninjau di ruangan instagram milik pelakon Zara Zya, dia kini sering saja memuat naik foto dirinya mengenakan hijab sekaligus mengundang persoalan dalam kalangan peminat adakah dia kini sudah bertudung sepenuhnya.

Malah, baru-baru ini muncul pula video yang dikongsi Zara Zya sendiri memaparkan dia berhijab ketika berada di sebuah pusat membeli-belah.

Advertisement
View this post on Instagram

??

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on

Dalam kapsyen foto terbaru yang dimuat naik Zara juga seolah-olah memberi ‘hint’ yang dia kini ingin berhijrah dan memulakan fasa baru dalam hidupnya.

View this post on Instagram

Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang… ?

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on

Maka dengan itu, ramai peminat serta pengikut tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan Zara supaya sentiasa istiqamah serta memuji penampilannya yang makin cantik setelah berhijab.

Namun, ketika ditemui media, Zara enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan perkara itu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...