Pelakon Aiman Hakim Ridza tampil memberi respon setelah namanya ‘dipetik’ satu hantaran Facebook yang mendakwa dirinya telah meninggal dunia.
Ujar Aiman, dia hanya mengambil kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang positif dan menganggap platform media sosial adalah tempat untuk ‘membuang masa’ semata-mata.
Ada orang DM pasal benda ni. Kita ambil iktibar dari sudut positif. First of all, Alhamdulillah aku hidup lagi.
Kedua, sosial media ni macam ni tau, lagi banyak korang habiskan masa dekat media sosial lagi banyak la orang lain yang ada interest untung. How?
Berikutan itu, Aiman menasihatkan peminatnya untuk lebih meluangkan masa dengan orang terdekat berbanding di media sosial.
Sama la juga dekat mana-mana pun akan ada orang yang nak ambil kesempatan. Lagi lama korang layan media sosial lagi banyak benda merapu akan keluar.
Kesimpulan disini adalah kurangkan la main media sosial. Borak-borak la dengan orang terdekat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.